Utusan Borneo (Sabah)

Kehidupan Rohingya di Malaysia lebih baik berbanding di kem pelarian

-

COX’S BAZAR (Bangladesh): “Kehidupan saya di Malaysia jauh lebih baik berbanding di kem pelarian. Tetapi saya perlu berada di sini untuk menjaga keluarga saya,” demikian kata Musa Khalil, 27, antara pelarian yang berada di Kem Pelarian Kutupalong, kira-kira 35km dari sini.

Berikutan konflik yang berterusan di tempat kelahirann­ya di wilayah Rakhine, Myanmar, dia telah dibawa keluargany­a ke Kutupalong ketika berusia lima tahun dengan harapan mencari kehidupan yang lebih baik.

Musa pernah datang untuk bekerja di Malaysia pada 2009 hingga 2014 bagi mencari pekerjaan untuk membantu mengubah kehidupan keluargany­a.

Bagaimanap­un, statusnya sebagai pelarian dan tidak diberikan maklumat tepat mengenai peluangnya untuk bekerja di Malaysia, menyebabka­n dia terpaksa kembali ke kem pelarian itu.

Dia ditipu orang tengah yang menjanjika­nnya kehidupan yang baik sedangkan dengan status pelarian, adalah mustahil untuk dia bekerja secara sah di Malaysia.

“Walaupun ditipu, saya rasa hidup saya lebih baik di Malaysia. Saya tak tahu yang pelarian tidak boleh kerja di Malaysia. Saya bekerja di banyak tempat, dari Subang hingga ke Johor. Tetapi saya kena balik juga ke sini kerana saya bukan pekerja sah.

“Tinggal sini sangat susah, makan tak cukup. Air (bersih) susah, tandas pun susah,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Katanya ramai pelarian di sini melihat pergi ke Malaysia sebagai peluang mereka untuk keluar daripada masalah yang membelengg­u mereka, tetapi ia tidak semudah yang disangka kerana status mereka.

“Ramai di sini yang ada anggota keluarga bekerja di Malaysia. Kalau nasib baik boleh dapat pekerjaan, tapi ramai yang kena tipu dengan orang yang janji nak tolong,” katanya.

Sementara itu, Syed Hossein, 23, yang pernah bekerja di Malaysia selama setahun enam bulan berkata sewaktu bekerja di sana dia dapat membantu keluargany­a seramai lapan orang tetapi apabila pulang pada 2014, kehidupan mereka menjadi sempit.

“Sini sangat susah. Saya tiada wang dan pekerjaan tetapi semua barang mahal. Kalau sakit ubat tak boleh dapat. Di sini rumah berlantaik­an tanah, dinding kanvas,” katanya yang dilahirkan di kem pelarian itu.

Ramaipelar­ian Rohingyaya­ng berada di Malaysia merupakan pemegang kad Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan BangsaBang­a Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetapi kerajaan tidak mengiktira­f status ‘pelarian’ etnik Rohingya memandangk­an Malaysia bukan negara anggota kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Ini menyebabka­n secara dasarnya mereka tidak boleh bekerja secara sah di Malaysia.

Bagaimanap­un, atas dasar kemanusiaa­n kerajaan membenarka­n pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya yang mempunyai kad UNHCR yang sah untuk tinggal sementara sehingga dihantar pulang ke negara asal atau ditempatka­n di negara ketiga.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan ke sini pada Isnin bagi menilai situasi pelarian Rohingya pada lawatan kerjanya ke Bangladesh yang bermula hari ini, menggambar­kan kebimbanga­n dan keseriusan Malaysia berhubung isu pelarian Rohingya.

Pada lawatan itu, Ahmad Zahid dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina selain bertemu Menteri Kebajikan Expatriat dan Pekerja Luar Negara Nurul Islam serta Menteri Luar Abul Hassan Mahmood Ali bagi menilai perkembang­an hubungan dua hala sedia ada serta meneroka bidang kerjasama baharu yang saling memanfaatk­an kedua-dua negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia