Utusan Borneo (Sabah)

Suami maut selepas ditikam isteri disyaki kerana cemburu

-

MUAR: Perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap suami yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, dipercayai menjadi punca seorang wanita muda menikam suaminya dengan sebilah pisau di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun maut selepas disyaki ditikam oleh isterinya yang berumur 17 tahun.

“Suspek menggunaka­n pisau pemotong sayur berukuran kira-kira 21 sentimeter setelah keduadua mereka dipercayai turut bertelingk­ah dan berlaku sedikit pergelutan.

“Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu rumah berkenaan dan suspek yang turut berada di lokasi telah ditahan serta kita turut merampas pisau tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini pada Sabtu lepas.

Beliau berkata tempat kejadian merupakan kediaman milik majikan mangsa yang dijadikan stor penyimpana­n serta rumah persinggah­an pekerja.

Menurut Zaharudin mangsa bekerja sebagai pembantu kedaimen jualayam di Pasar Maharani manakala suspek tidak bekerja namun ada membantu suaminya di pasar berkenaan.

“Kedua-dua mereka baharu mendirikan rumah tangga kira-kira lima bulan lepas dan menetap di Parit Bunga, Tangkak,” katanya.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian, namun tidak menolak kemungkina­n berpunca daripada faktor cemburu. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek diperintah reman selama enam hari bermula Ahad.

Zaharudin berkata, ujian air kencing terhadap suspek juga negatif dadah dan suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia