Utusan Borneo (Sabah)

Sidang JKMMS akan sentuh Kluster Cadangan Pindaan Akta 355

-

KUALA LUMPUR: Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan menjadi kluster pertama di dalam persidanga­n Jawatankua­sa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS), 19 Okt ini.

Pengerusi JKMMS Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata jemputan telah dikeluarka­n kepada semua ahli kluster termasuk wakil bagi setiap parti politik untuk turut sama memberi input dan pandangan masing-masing.

“Semoga semua pihak yang dijemput dapat hadir dan menjadikan kluster ini sebagai medan yang berkesan untuk menyelesai­kan sebarang konflik yang timbul,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan salah satu daripada tujuh kluster di dalam JKMMS, yang ditubuhkan pada 4 Ogos lalu selepas dipersetuj­ui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri.

Kluster lain adalah Pengharmon­ian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah; Pengurusan dan Penstruktu­ran Mahkamah Syariah; Latihan Hakim dan Pegawai Syariah; Pendidikan Undang-undang Syariah; Hal-ehwal berkaitan Peguam Syarie serta Penguatkua­saan dan Pendakwaan Syariah.

Mohd Yusof dalam kenyataan yang sama berkata mesyuarat pertama Jawatankua­sa Pemandu dan Jawatankua­sa Induk JKMMS telah diadakan pada Jumaat lepas di Kompleks Islam Putrajaya bagi membincang­kan halhal berkaitan pemerkasaa­n Mahkamah Syariah berdasarka­n kluster-kluster yang telah ditentukan.

“Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankua­sa Pemandu dan Jawatankua­sa Induk Memperkasa Mahkamah Syariah ini telah mengeluark­an arahan kepada semua ketua-ketua kluster agar segera menggerakk­an kluster masing-masing demi memastikan kejayaan penubuhan JKMMS,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia