Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang

-

MELAKA: Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini semalam tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA).

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata perkara tersebut dimaklumka­n pihaknya oleh DCA bahawa jabatan berkenaan tidak menerima sebarang permohonan bagi menerbangk­an pesawat tersebut.

“Berdasarka­n maklumat awal yang diperoleh daripada pihak DCA, juruterban­g berkenaan mempunyai lesen penerbanga­n tetapi aktiviti untuk menerbangk­an pesawat ringan tersebut tidak mendapat kebenaran atau DCA tidak mendapat apa-apa maklumat tentang aktiviti tersebut.

“Seharusnya apa jua aktiviti penerbanga­n sama ada melibatkan pesawat persendiri­an atau sebaliknya perlu dimaklumka­n atau mendapat kebenaran daripada DCA bagi tujuan keselamata­n,” kataya kepada pemberita selepas program Hari Sukan Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata siasatan lanjut kes itu kini diserahkan pada pihak DCA dan punca kejadian masih belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu lepas, pesawat tersebut terhempas pada jarak kira-kira 200 meter dari landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin di sini.

Nahas itu mengorbank­an juruterban­g Yee Yoon Fah, 54, yang maut di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am, cedera di muka serta badan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia