Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran petugas Climbathon 2017

-

KUNDASANG: Penganjura­n Climbathon yang memasuki tahun ke-10 kali ini dilihat sebagai cabaran berganda kepada peserta dan petugas berikutan tiupan Angin Ribut Tropika Ganas (Khanun) melanda Sabah bermula Sabtu.

Namun begitu, demi tugas yang telah dipertangg­ungjawabka­n dan perlu digalas, mereka terpaksa mendaki Kinabalu seawal satu hari sambil mengharung­i hujan dan cuaca sejuk supaya dapat merakamkan program bertaraf antarabang­sa ini dan memastikan keselamata­n peserta terjaga sepenuhnya menjelang hari sebenar.

Seramai 163 petugas termasuk paramedik, bomba, Persatuan Radio Amatur Sabah (SARS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak berkuasa Taman-taman Sabah (TTS) telah bersedia menanti peserta.

Menurut Ketua Paramedik Dr Mariam George, pihak paramedik dari empat hospital telah dibahagika­n kepada empat kumpulan utama di Timpohon, Layang-layang, Laban Rata hingga ke puncak.

“Ada yang sudah biasa bertugas dalam program ini dan ada yang pertama kali bertugas berdepan dengan cabaran cuaca yang tidak menentu, hujan kuat dengan angin menyebabka­n kesejukan.

“Perjalanan mendaki tahun ini cukup mencabar kerana kami mendaki seperti melawan arus air terjun. Badan basah kuyup dan kesejukan ditambah lagi dengan kekurangan oksigen,

“Adaptasi badan kepada perubahan ketinggian perlu diberi perhatian yang serius kerana setiap individu akan mengalami keadaan ini apabila mendaki,” jelasnya.

Beliau berkata, mereka hanya mengambil makanan ringan untuk memberi tenaga secukupnya. Ada yang hanya makan power bar, roti sandwich serta air garam rehiditasi mengikut keperluan sendiri.

“Setelah sampai di Laban Rata, kami akan makan lebih karbohidra­t dan banyak minum minuman panas atau sup untuk panaskan sistem peredaran darah dan sistem organ tubuh badan,” katanya. Mariam berkata, disebabkan perubahan altitud dan oksigen ada antara petugas yang tidak dapat tidur lena, disebabkan perlu menjalanka­n tugas, tidur yang cukup perlu diurus sebaiknya.

“Isu penting bagi pasukan medik dalam cuaca sebegini adalah penyakit ketinggian, hipotermia, kecederaan tulang dan otot serta kekejangan.

“Kumpulan medik masingmasi­ng ada keperluan bekalan ubat dan peralatan tertentu dan pihak penganjur menyediaka­n porter untuk mengangkut barang-barang berat ini.

“Emergency Retrieval Unit (ERU) mempunyai beban peralatan seberat 150kg, kumpulan di puncak membawa beban seberat 15kg, kumpulan yang berkawal sepanjang laluan membawa beban seberat 35kg dan kesemua barang itu diangkut oleh porter,” katanya.

Katanya, keadaan cuaca yang akan menentukan kejayaan acara itu serta kerjasama oleh semua agensi, apa yang penting kerjasama peserta dan petugas menjadi keutamaan bagi pihak penganjur.

Sementara itu, Pegawai Komunikasi Radio Amatur Marious Bongkuloh berkata SARS berperanan membantu mengenalpa­sti lokasi peserta di setiap hentian.

“Kami menempatka­n 15 ahli SARS iaitu dua orang di setiap lokasi, manakala 15 orang lagi ditempatka­n di bawah untuk menyampaik­an keberadaan peserta.

“Tahun ini juga, peserta berdepan cuaca yang terburuk hingga petugas mengalami kesukaran yang tidak pernah dihadapi sebelum ini.

“Ada yang hampir menghidap hipotermia walaupun sudah bersedia dan cukup latihan tetapi tetap rasa tercabar dengan keadaan angin, hujan dan suhu,” katanya.

Menurut beliau, ia merupakan satu kelebihan dapat melibatkan diri dalam program antarabang­sa ditambah lagi SARS diiktiraf oleh kerajaan di bawah Kementeria­n Pelanconga­n.

“Ia umpama kami menyumbang­kan sesuatu kepada kerajaan dan masyarakat, walaupun kami sukarelawa­n tetapi kami bangga dapat menyumbang kepada program kementeria­n.

“Jadi, tidak kira betapa teruk cuaca dan keadaan kami pasti akan harungi juga. Kepada yang berminat mencuba sesuatu yang baharu dan ingin mencuba sesuatu mungkin boleh menyertai kami di SARS,” katanya.

Climbathon 2017 disertai 166 atlet dari dalam serta luar negara dan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

 ??  ?? MARIOUS ketika bertugas pada Climbathon
2017. BERSAMA paramedik dari Hospital Ranau.
MARIOUS ketika bertugas pada Climbathon 2017. BERSAMA paramedik dari Hospital Ranau.
 ??  ?? MARIAM (hadapan) bersama kumpulan yang bertugas di Panalaban Helipad.
MARIAM (hadapan) bersama kumpulan yang bertugas di Panalaban Helipad.
 ??  ?? MARIAM (kiri) bersama petugas Taman-Taman Sabah, SARS dan paramedik di Panalaban Helipad.
MARIAM (kiri) bersama petugas Taman-Taman Sabah, SARS dan paramedik di Panalaban Helipad.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia