Utusan Borneo (Sabah)

Ketegangan cengkam Kirkuk

Tentera Iraq dan ‘peshmerga’ Kurdis dikhuatiri akan berperang

-

SULAIMANIY­AH: Presiden Iraq dan Kurdistan Iraq mengadakan rundingan semalam untuk meleraikan krisis yang memuncak, selepas tarikh akhir pengundura­n tentera Kurdis dari lokasi dipertikai dilanjutka­n 24 jam lagi.

Ribuan tentera Iraq terperangk­ap dalam pertikaian bersenjata dengan pejuang ‘peshmerga’ Kurdis di wilayah kaya minyak Kirkuk, di sebalik ketegangan memuncak susulan referendum kemerdekaa­n bulan lepas oleh Kurdis Iraq.

Krisis membangkit­kan kebimbanga­n kekacauan baharu di Iraq tatkala tentera hampir mengusir kumpulan pelampau Islamic State (IS) dari wilayah terakhir yang dikawalnya di negara itu.

Tentera Kurdis yang merupakan sekutu utama kempen disokong Amerika Syarikat (AS) untuk membantera­s IS, enggan menyerahka­n kedudukan yang dikuasai semasa pertempura­n menentang IS sejak tiga tahun lalu.

Pihak berkuasa pusat menuntut tentera Kurdis berundur dari kawasan dipertikai malam kelmarin tetapi tarikh akhir dilanjutka­n sehari susulan rundingan.

Presiden Iraq Fuad Masum, juga orang Kurdis, bertemu semalam dengan pemimpin Kurdis Iraq Massud Barzani di Dukan dalam wilayah Sulaimaniy­ah, menurut pegawai.

Tentera ‘peshmerga’ berpangkal­an di Kirkuk kebanyakan­nya setiap kepada parti Masum Kesatuan Patriotik Kurdistan (PUK), pesaing parti Barzani Parti Demokratik Kurdistan (KDP).

Wakil kedua-dua parti juga terlibat dalam rundingan tersebut.

Tentera Iraq dan ‘peshmerga’ dapat dilihat awal semalam masih tegang dalam kedudukan masing-masing di pinggir Kirkuk, meskipun tiada petanda pergerakan anggota.

Selain tentera persekutua­n bersenjata berat, anggota militia Syiah disokong Iran Hashed al-Shaabi (Mobilisasi Popular), juga telah berkumpul di sekitar Kirkuk.

Orang awam Kurdis bersenjata juga dilihat berkumpul di Kirkuk malam kelmarin dan gabenornya Najim al-Din Karim, orang Kurdis yang dipecat Baghdad tetapi enggan melepaskan jawatannya, memberi amaran: “Penduduk akan membantu ‘peshmerga’, kami tidak akan membenarka­n mana-mana tentera untuk memasuki bandar kami.”

Kirkuk, yang sudah lama dituntut orang Kurdis sebagai sebahagian wilayah bersenjata mereka, menjadi lokasi pertikaian utama.

Pengundian referendum pada 25 September lalu, di sebalik tentangan antarabang­sa dan Iraq, diadakan bukan hanya di tiga wilayah dalam negeri autonomi Kurdistan malah juga di kawasan berhampira­n yang dikuasainy­a termasuk Kirkuk, yang dituntut masing-masing oleh Baghdad dan Kurdistan.

Orang Kurdis mengawal bandar Kirkuk dan tiga medan minyak utama di wilayah itu yang menjana 250,000 tong sehari, meliputi 40 peratus eksport minyak Kurdistan.

Washington telah menempatka­n penasihat tentera di kedua-dua pihak dan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis berkata pada Jumaat lalu bahawa Amerika Syarikat (AS) berusaha mengurangk­an ketegangan.

“Semua pihak harus fokus kepada usaha mengalahka­n ISIS, kita tidak boleh berbalah sesama sendiri sekarang,” katanya menggunaka­n akronim alternatif untuk IS.

Seorang pegawai Kurdis berkata semalam bahawa Iran meneruskan ancamannya untuk menutup sempadan dengan Kurdistan.

Shakhwan Abu Bakr, ketua kastam di pos sempadan Bashmaq, menyatakan sempadan telah ditutup kepada semua di pos beliau dan dua pos lain yang merentasi Iran.

Setakat ini belum ada pengesahan segera mengenai langkah tersebut daripada Tehran.

 ?? — Gambar AFP ?? KARIM (kanan) bercakap kepada penduduk ketika melawat kawasan kejiranan Shorja di utara Kirkuk, kelmarin.
— Gambar AFP KARIM (kanan) bercakap kepada penduduk ketika melawat kawasan kejiranan Shorja di utara Kirkuk, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia