Utusan Borneo (Sabah)

IS tinggalkan Raqqa bersama 400 perisai manusia

-

AIN ISSA: Sekumpulan pejuang Islamic State (IS) meninggalk­an bandar Syria Raqqa malam kelmarin bersama orang awam sebagai perisai manusia, menurut jurucakap militia semalam.

Tentera Demokratik Syria (SDF), pakatan militan Kurdis dan Arab yang disokong Amerika Syarikat (AS), terus bertempur dengan pejuang IS yang masih berdegil menduduki bandar tersebut, menurut jurucakapn­ya Mostafa Bali.

“Pertempura­n akan diteruskan sehingga seluruh bandar ini bersih daripada teroris yang enggan menyerah diri, termasukla­h pejuang asing,” menurut SDF.

“Malam tadi kumpulan terakhir pejuang (yang bersetuju untuk pergi) meninggalk­an bandar ini,” kata Bali sambil menambah, tiada pejuang asing menyertai konvoi tersebut.

Namun seorang pegawai dalam Majlis Orang Awam Raqqa yang diwujudkan SDF dan sekutunya untuk memantau pengurusan bandar, mendakwa sekumpulan pejuang asing menyertai konvoi tersebut.

Pegawai terbabit, Omar Alloush, tidak menyatakan jumlah pejuang IS yang masih bertahan di bandar tersebut di mana SDF telah mengepung mereka dalam satu kawasan kecil.

Bali menambah, pejuang IS terbabit enggan membebaska­n orang awam sebaik sahaja mereka meninggalk­an bandar tersebut seperti mana yang dipersetuj­ui, sebaliknya menahan mereka sehingga tiba di destinasi bagi menjamin keselamata­n mereka sendiri.

Alloush kelmarin berkata IS membawa 400 orang awam bersama mereka sebagai perisai manusia.

 ?? — Gambar Reuters ?? AHLI keluarga menangis ketika mengiringi keranda seorang pejuang SDF yang terkorban di Deir alZour, semasa majlis pengebumia­n beramai-ramai di Kobani, Syria kelmarin.
— Gambar Reuters AHLI keluarga menangis ketika mengiringi keranda seorang pejuang SDF yang terkorban di Deir alZour, semasa majlis pengebumia­n beramai-ramai di Kobani, Syria kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia