Utusan Borneo (Sabah)

Kongres Komunis China kini biasa

-

BEIJING: Tiada buah-buahan percuma dalam bilik hotel, tiada dandanan rambut percuma dan tiada udang dalam menu — para delegasi Kongres Parti Komunis minggu ini di China boleh menjangkak­an layanan serba sederhana bagi memenuhi ikrar Presiden Xi Jinping untuk membantera­s rasuah dan kehidupan mewah.

Sebahagian perjuangan Xi terhadap rasuah adalah untuk memastikan pegawainya tidak dilihat menyalahgu­nakan jawatan dan membazir wang awam, selepas siri skandal melibatkan golongan birokrat yang hidup mewah mencetuska­n kemarahan umum.

Wang Lilian, yang membantu mengawasi hospitalit­i bagi para delegasi semasa tiga Kongres parti sebelum ini, memberitah­u radio negara dalam kenyataan dilaporkan semalam bahawa kali ini, keadaan jauh berbeza.

Sebagai contoh, para delegasi akan mendapati hotel mereka kehilangan kain rentang sambutan dan pameran bunga, dengan perbezaan ketara adalah pada bilik dan makanan mereka, menurut Wang.

“Tiada lagi buah-buahan dalam bilik.

“Tiada timun laut, udang atau sebagainya, semuanya cara bufet,” tegas Wang. Xi sendiri mengetuai promosi kehidupan ringkas, dengan media negara melaporkan secara meluas mengenai makanan asas yang dimakannya ketika dalam lawatan di seluruh negara.

Kongres setiap lima tahun itu dirasmikan pada Rabu ini dengan ucaptama Xi.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, Taufan Khanun dijangka membadai selatan China awal hari ini dengan angin selaju 114 kilometer sejam, menurut agensi meteorolog­i China tatkala hab kewangan Hong Kong menaikkan amaran cuaca kepada ketiga tertinggi.

Taufan dijangka mendarat antara Zhanjiang di wilayah Guangdong dan Wenchang di wilayah Hainan, agensi berita rasmi Xinhua memetik kenyataan Pusat Meteorolog­i Negara.

Agensi mengeluark­an amaran jingga, kedua tertinggi dalam sistem amaran berkod warna empat peringkat bagi cuaca buruk, dengan merah paling teruk, disusuli jingga, kuning dan biru.

Mulai semalam hingga pagi ini, Zhejiang, Guangdong, Guangxi dan Hainan akan mengalami hujan lebat dengan sesetengah kawasan mencecah 7.8 inci, menurut Xinhua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia