Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat disaran rasional ‘hakimi’ tindakan agresif SPRM

- Oleh AMIR ANUAR

Rakyat disaran rasional dalam ‘menghakimi’ tindakan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara agresif isu rasuah dan salah guna kuasa di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata sejarah membuktika­n SPRM menyiasat sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.

“Kalau kita tengok sejarah, tidak kira siapa sahaja SPRM akan ambil tindakan,” katanya sempena Majlis Penyampaia­n Sijil Pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Sesi 2017 2019 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Tawau, di sini pada Ahad.

Beliau berkata seseorang pemimpin yang disiasat juga tidak semestinya bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah namunjika sebaliknya pula, salah tetap salah.

“Ada persepsi jika orang Barisan Nasional (BN) diambil tindakan, maka orang BN dituduh korup, tetapi kalau terhadap pembangkan­g pula BN dicakap salah guna kuasa,” katanya.

Jainab berkata semua menteri di Kabinet Negeri sudah menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di hadapan Ketua Menteri dan Ketua Pesuruhjay­a SPRM.

Menurutnya, langkah itu menunjukka­n bahawa Kerajaan Negeri serius untuk bersama-sama menangani isu rasuah dan sudah tiba masanya semua pihak bekerjasam­a.

Menyentuh mengenai PAWE pula, beliau berkata pihaknya merancang untuk mengadakan pertanding­an antara kesemua PAWE yang terdapat di negeri ini.

“Kita mempunyai empat PAWE iaitu Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Beaufort, mungkin pertanding­an boleh dijalankan pada awal tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata pertanding­an yang akan diadakan itu bertujuan merangsang semangat sukarelawa­n PAWE supaya berfikir di luar kotak dan menjadi contoh teladan.

Pada masa sama, beliau memuji pelantikan jawatankua­sa baharu Ahli Lembaga Pelawat PAWE Tawau yang diketuai Pengerusi Chaya Sulaiman dan 14 ahli jawatankua­sa.

“Jawatankua­sa ini diharap terus menggiatka­n usaha mendekati orang tua dan orang muda dalam membangkit­kan rasa saling memahami antara kedua-dua golongan,” katanya.

 ??  ?? JAINAB menyerahka­n watikah pelantikan kepada Chaya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PAWE Tawau. Turut kelihatan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.
JAINAB menyerahka­n watikah pelantikan kepada Chaya selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PAWE Tawau. Turut kelihatan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.
 ??  ?? BARISAN Ahli Lembaga Pelawat PAWE Tawau yang baharu merakamkan gambar bersama Jainab dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.
BARISAN Ahli Lembaga Pelawat PAWE Tawau yang baharu merakamkan gambar bersama Jainab dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia