Utusan Borneo (Sabah)

EPU luluskan projek naik taraf

Jalan dari Yayasan Sabah melalui SICC

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah meluluskan projek menaik taraf jalan raya yang sepanjang 7 kilometer dari Yayasan Sabah melalui Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata jalan yang akan dinaiktara­fkan itu adalah untuk menjadikan jalan sedia ada kepada jalan tiga lorong dua hala.

“Sebagai keutamaan nombor satu kepada pembanguna­n Sabah, jalan ini akan dinaik taraf yang menghubung­kan Yayasan Sabah melalui pesisiran pantai Tanjung Lipat dan melintasi SICC.

“Usaha ini adalah kesinambun­gan kepada apa yang saya umumkan pada tahun lepas iaitu penaiktara­fan jalan sejauh 8 kilometer dari Indah Permai ke Yayasan Sabah yang melibatkan tiga jejambat.

“Kedua-dua projek ini menelan kos kira-kira RM1 juta yang mana diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa lawatan kerjanya ke Pelabuhan Sepanggar di sini pada Ahad.

Katanya melalui kesinambun­gan projek tiga lorong itu juga akan melibatkan pembinaan dua jejambat dengan kos kiraTAWAU:

“Usaha ini adalah kesinambun­gan kepada apa yang saya umumkan pada tahun lepas iaitu penaiktara­fan jalan sejauh 8 kilometer dari Indah Permai ke Yayasan Sabah yang melibatkan tiga jejambat. ” DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

kira RM500 juta keseluruha­nnya.

Rahman berkata projek berkenaan dapat dikecapi rakyat hasil daripada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat dengan mengambil kira kesesakan lalu lintas yang dialami oleh masyarakat Bandaraya Kota Kinabalu dan sekitarnya.

“Dengan adanya projek ini, diharapkan isu kesesakan lalu lintas yang begitu teruk di sini akan dapat diselesaik­an.

“Dengan adanya SICC ini kelak juga, akan menambahka­n lagi kesesakan lalu lintas jika projek ini tidak dilaksanak­an,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mengumumka­n bahawa kerajaan telah meluluskan pembinaan jambatan di Jalan Mawilla Dua Sepanggar.

Katanya keadaan jambatan yang sedia ada itu tidak lagi stabil dan tidak selamat untuk digunakan.

“Pada ketika ini, jambatan di Kampung Gantisanit­utelahrosa­kdanmenyul­itkanaktiv­iti penduduk sekitar untuk menggunaka­nnya.

“Jadi, kerajaan telah mengumum dan meluluskan peruntukan sebanyak RM13.5 juta untuk membina jambatan baharu sepanjang 52.7 meter di Mawilla Dua Sepanggar.

“Tender telah dibuka oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kita jangkakan kerja pembinaan akan dimulakan dalam masa terdekat, bagi membolehka­n jambatan ini memberikan keselesaan kepada penduduk di Gantisan serta kawasan sekitarnya,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rahman berkata kerajaan negeri juga telah meminta kelulusan projek Bas Rapid Transit (BPT) di Sabah.

“Saya telah berbincang dengan Perdana Menteri yang mana kita tiada halangan untuk meluluskan projek ini. Projek ini juga akan menelan kos sebanyak RM2 bilion yang mana terbahagi kepada dua fasa.

“Salah satunya perjalanan BPT dari Inanam, Indah Permai, Kota Kinabalu dan sepanjang perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK),” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Datuk Ir Amrullah Kamal.

 ??  ?? RAHMAN (depan) melihat sendiri keadaan jambatan Kampung Gantisan bersama rombongan lawatan kerja.
RAHMAN (depan) melihat sendiri keadaan jambatan Kampung Gantisan bersama rombongan lawatan kerja.
 ??  ?? RAHMAN (dua kiri) melawat jambatan Kampung Gantisan bersama Amrullah pada lawatan kerja berkenaan.
RAHMAN (dua kiri) melawat jambatan Kampung Gantisan bersama Amrullah pada lawatan kerja berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia