Utusan Borneo (Sabah)

LimKokWing cadang ‘eksport’ TVET Malaysia Ke Botswana

-

UNIVERSITI Teknologi dan Kreatif LimKokWing (LUCT) merancang untuk ‘mengekspor­t’ Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET Malaysia) ke Botswana bagi melahirkan kumpulan besar tenaga kerja mahir untuk pertumbuha­n ekonomi negara itu.

Pengasas dan Presiden universiti berkenaan, Tan Sri Lim Kok Wing berkata kerajaan negara itu berminat untuk bekerjasam­a dengan universiti itu untuk mewujudkan model TVET yang sesuai dalam memperkasa­kan rakyat negara itu.

“Saya bertemu dengan Naib Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi dan beliau mencadangk­an agar universiti kami bekerjasam­a untuk menggalakk­an kemahiran dan menjadikan Botswana sebagai ‘negara panduan’ di rantau Afrika.

“Mungkin dalam tempoh setahun lagi kami akan memperkena­lkan kandungan TVET Malaysia.

“Kerajaan Botswana mempunyai harapan tinggi dan impian besar dengan rancangan kami,” katanya kepada media Malaysia selepas melawat kampus Universiti LimKokWing Botswana, baru-baru ini.

Universiti LimKokWing, salah satu daripada jenama terkenal Malaysia untuk pendidikan antarabang­sa di rantau Afrika, mempunyai empat kampus cawangan iaitu di Bostwana, Lesotho, Swaziland dan Sierra Leone.

Lim berkata LUCT, yang diasaskan pada 1991, menawarkan banyak program berasaskan TVET.

“Walaupun hari ini, 70 peratus daripada apa yang kita tawarkan berasaskan kemahiran dan latihan amali serta menambah kandungan kemahiran dengan menepati standard kualiti dan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MAQ),” katanya.

“Pelajar kami yakin dengan program yang disediakan kerana mereka dilengkapk­an dengan kemahiran serta mencapai kemajuan dalam bidang kerjaya masing-masing,” katanya.

April lepas, Lim menerima Anugerah Kepimpinan Transforma­si Dalam Pendidikan TVET Global dan Universiti LimKokWing menerima Anugerah Uni-

“Walaupun hari ini, 70 peratus daripada apa yang kita tawarkan berasaskan kemahiran dan latihan amali serta menambah kandungan kemahiran dengan menepati standard kualiti dan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MAQ). TAN SRI LIM KOK WING Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi dan Kreatif LimKokWing

versiti Model TVET Global oleh Pemeriksa Akreditasi Kolej Antarabang­sa United Kingdom (Asic).

Anugerah itu mengiktraf usaha perintis Lim dalam membawa industri ke dalam pendidikan yang telah mengubah landskap pendidikan swasta di Malaysia serta 10 negara lain yang menempatka­n jenama LimKokWing.

Beliau juga dilantik sebagai presiden Antarabang­sa TVET United Kingdom (UK).

TVET UK adalah sebuah organisasi dari Britain yang membolehka­n pelanggan antarabang­sa mengakses penyedia dan pembekal TVET terkemuka negara itu melalui satu titik hubungan. — Bernama

 ??  ?? LIMA pelajar teratas perakaunan Heriot-Watt University Malaysia menerima anugerah ACCA Book Prize mereka yang setiapnya bernilai RM1,000.
LIMA pelajar teratas perakaunan Heriot-Watt University Malaysia menerima anugerah ACCA Book Prize mereka yang setiapnya bernilai RM1,000.
 ??  ?? BANGUNAN lima tingkat Heriot-Watt University Malaysia yang menawarkan pemandanga­n menarik Tasik Putrajaya dan sekitarnya.
BANGUNAN lima tingkat Heriot-Watt University Malaysia yang menawarkan pemandanga­n menarik Tasik Putrajaya dan sekitarnya.
 ??  ?? LIM Kok Wing (tengah) bergambar bersama-sama pelajar baharu selepas melawat kampus Universiti LimKokWing Botswana di Gabarone. — Gambar Bernama
LIM Kok Wing (tengah) bergambar bersama-sama pelajar baharu selepas melawat kampus Universiti LimKokWing Botswana di Gabarone. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia