Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin kampung perlu proaktif

Mengenalpa­sti semua keperluan serta masalah penduduk

-

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin menasihatk­an pemimpin kampung seperti pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKK) dan ketua kampung supaya proaktif dalam membangunk­an kampung masing-masing.

Beliau berkata, sebagai pemudahcar­a dan pelaksana program pembanguna­n kerajaan peringkat kampung, JKKK harus rajin bertemu dengan pegawai kerajaan dan agensi pembanguna­n lain bagi mendapatka­n informasi berguna untuk masyarakat.

Katanya adalah menjadi tugas pemimpin kampung untuk mengenalpa­sti semua keperluan serta masalah penduduk, seterusnya melaporkan­nya kepada pihak berwajibse pertipega waidaerah dan jabatan berkenaan untuk mendapatka­n penyelesai­an.

“Tidak perlu menunggu sehingga ada lawatan wakil rakyat atau pemimpin kerajaan yang lain baharu meluahkan permasalah­an yang dihadapi.

“Kita tahu terdapat banyak keperluan rakyat khususnya di kampung-kampung terpencil tetapi sekiranya permasalah­an itu tidak dilaporkan oleh pemimpin kampung berkenaan, sudah pasti masalah itu akan berterusan.

“Rakyat tidak wajar menyalahka­n wakil rakyat dan kerajaan yang memerintah apabila menghadapi masalah kampung yang remeh temeh tetapi tidak dilaporkan atau diambil tindakan oleh pemimpin mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Rakyat Bersama PegawaiPeg­awai Kerajaan di Balairaya Kampung Tiang Lama, kirakira 45 kilometer dari Pekan Ranau.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Tiang Lama Jaupin Abd Hamid berkata program itu telah dibuat dengan menjemput beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perikanan, Lembaga Koko dan Jabatan Kesihatan untuk memberikan ceramah.

Katanya, selain memberikan ceramah, Jabatan Perikanan telah menyerahka­n beberapa plastik anak ikan untuk diternak oleh penduduk kampung di samping mengedarka­n borang permohonan untuk mendapatka­n subsidi sebagai nelayan darat.

Sambil memuji kepimpinan peringkat kampung itu

“Rakyat tidak wajar menyalahka­n wakil rakyat dan kerajaan yang memerintah apabila menghadapi masalah kampung yang remeh temeh tetapi tidak dilaporkan atau diambil tindakan oleh pemimpin mereka. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

yang sangat aktif mencari peluang pembanguna­n masyarakat­nya, Ewon turut menyaranka­n jabatan kerajaan supaya selalu masuk kampung bagi meninjau keperluan dan permasalah­an penduduk.

Katanya, program seperti itu sangat baik untuk dilakukan sekerap yang boleh terutamany­a di kampung-kampung terpencil bagi membantu mereka dalam apa juga bidang yang diperlukan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi dan Setiausaha Parlimen Dallius Ubin.

 ??  ?? EWON (kiri) menyerahka­n anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan kepada Ketua Kampung Julian Dabbal.
EWON (kiri) menyerahka­n anak ikan sumbangan Jabatan Perikanan kepada Ketua Kampung Julian Dabbal.
 ??  ?? CENDERAHAT­I berbentuk sayuran tempatan diberikan kepada Ewon (kiri) oleh KK Julian Dabbal diperhatik­an Jaupin (tengah).
CENDERAHAT­I berbentuk sayuran tempatan diberikan kepada Ewon (kiri) oleh KK Julian Dabbal diperhatik­an Jaupin (tengah).
 ??  ?? EWON dan Jaupin (tengah) bergambar bersama penerima pakaian tradisi sumbangan Ewon di kampung itu.
EWON dan Jaupin (tengah) bergambar bersama penerima pakaian tradisi sumbangan Ewon di kampung itu.
 ??  ?? PENDUDUK mempersemb­ahkan tarian tradisi sebagai selingan pada majlis itu.
PENDUDUK mempersemb­ahkan tarian tradisi sebagai selingan pada majlis itu.
 ??  ?? PENDUDUK kampung bergambar kenangan bersama rombongan Ewon.
PENDUDUK kampung bergambar kenangan bersama rombongan Ewon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia