Utusan Borneo (Sabah)

13 filem Asia Tenggara akan dipaparkan di TIFF

-

EDISI ke-30 Festival Filem Antarbangs­a Tokyo (TIFF 2017) baru-baru ini telah mengumumka­n barisan penuh untuk ‘CROSSCUT ASIA #04 What’s Next From Southeast Asia’.

Siri CROSSCUT ASIA menampilka­n pembuat filem muda dari Asia Tenggara yang disyorkan oleh maestro di rantau ini, dengan kerjasama Pusat Asia Yayasan Jepun.

Menurut kenyataan media yang dikeluarka­n oleh TIFF 2017, CROSSCUT ASIA akan mempamerka­n filem Asia dengan tumpuan kepada negara, pengarah atau tema tertentu.

Berikutan tiga edisi terdahulu, yang menampilka­n Thailand, Filipina dan Indonesia, edisi keempat akan merangkumi kawasan Asia Tenggara yang lebih besar bagi menandakan ulang tahun ke-50 pembentuka­n ASEAN.

Edisi keempat ini akan memperkena­lkan 13 filem dari Asia Tenggara, termasuk sembilan filem cetera dan empat filem pendek.

CROSSCUT ASIA tahun ini akan memfokuska­n kepada geneologi pawagam di Asia Tenggara, kerana para maestro akan ‘melepaskan baton’ kepada generasi seterusnya.

Festival filem 10 hari dari 25 Okt hingga 3 Nov itu akan diadakan di Roppongi Hills, Ex Theatre Roppongi (Bandar Minato) serta teater, dewan dan kemudahan lain di Kawasan Metropolit­an Tokyo.

Acara tahunan itu dianjurkan oleh UNIJAPAN (Jawatankua­sa Eksekutif Festival Filem Antarabang­sa Tokyo ke-30) dan dianjurkan bersama oleh Pusat Asia Yayasan Jepun (Projek Pertukaran Budaya Filem antara Jepun dan negara Asia).

Antara filem dari Asia Tenggara yang dipaparkan di TIFF ialah filem dari Malaysia ‘Adiwiraku’ (gambar) dan ‘Yasminsan’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia