Utusan Borneo (Sabah)

Peruntukan besar akan dipohon realisasi pusat seni di DUN lama

-

KUCHING:Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mendapatka­n peruntukan daripada kerajaan negeri dalam bajet 2018 bagi memastikan hasrat membina pusat persembaha­n seni di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama tercapai.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, ia juga sejajar dengan hasrat Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang ingin memartabat­kan kesenian melibatkan semua kaum di negeri ini.

“Beliau (Abdul Karim) menyatakan kesediaan beliau untuk mendapatka­n peruntukan besar daripada kerajaan negeri ataupun mungkin diumumkan dalam bajet akan datang untuk memastikan hasrat membina pusat kesenian di DUN lama tercapai.

“Saya rasa buat masa ini YB Menteri sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk mencari jalan supaya DUN lama itu dapat dinaik taraf sebagi pusat kesenian kita.

“YB Menteri mahu lihat aktiviti kesenian di negeri ini menonjolka­n corak budaya asli pelbagai kaum atau etnik di Sarawak,” katanya pada sidang media di Studio Labu Sakti di sini, Jumaat malam.

Beliau yang mewakili Abdul Karim meluangkan masa lebih sejam menyaksika­n pementasan Teater Melati Sarawak anjuran Studio Labu Sakti dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak.

Abdullah berkata, Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan harus diperkasa dengan aktiviti kesenian dan warga seninya dalam pelbagai kesenian diseru sentiasa bersatu ke arah misi yang sama.

“YB Menteri percaya dengan penglibata­n para belia ke arah pelbagai aktiviti kesenian juga akan mampu menguatkan jati diri mereka serta semangat bangga dan cintakan negeri dan negara,” katanya.

Berhubung penglibata­n Sarawak dalam teater termasuk Studio Labu Sakti melalui produksi Teater Melati Sarawak yang akan menyertai Festival Kesenian Johor Bahru Ke-14 2017, Abdullah berkata Abdul Karim melahirkan perhargaan kepada Studio Labu Sakti yang akan mewakilli negeri ke festival tersebut.

Mengulas lanjut mengenai Teater Melati Sarawak, Setiausaha Pertubuhan Studio Labu Taksu Zacharia berkata, Melati Sarawak dipilih sebagai produksi utama kerana naratif pementasan diambil daripada novel pertama Sarawak dihasilkan oleh Rakawi Muhammad Yusof yang menampilka­n sari budaya Melayu Sarawak.

“Warisan yang diketengah­kan menjadi subjek pementasan ini ialah Gendang Melayu Sarawak, sebuah persembaha­n muzikal yang amat popular sejak dari zaman silam dan masih bertahan sehingga ke era moden,” katanya.

Melati Sarawak menceritak­an tentang konflik yang tercetus apabila Gendang Melayu Sarawak masih dianggap sebagai penyakit terutama kepada golongan muda yang dipengaruh­i nilainilai baharu penjajah British.

Namun, kini pertunjuka­n tersebut dianggap sebagai satu budaya terbaik Melayu, popular di seluruh negeri, amat mesra di kalangan pengunjung dan diangkat sebagai ikon budaya Sarawak.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyerahka­n bendera Sarawak kepada kumpulan teater Melati Sarawak yang akan menyertai festival di Johor Bahru pada 2 hingga 16 November ini.

 ??  ?? ABDULLAH (lima kanan) dan Taksu Zacharia (lima kiri) bersama para pelakon Teater Melati Sarawak.
ABDULLAH (lima kanan) dan Taksu Zacharia (lima kiri) bersama para pelakon Teater Melati Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia