Utusan Borneo (Sabah)

FOK bantu pengguna jadi mata dan telinga KPDNKK

Kesan aktiviti kurang sihat peniaga, diambil tindakan

-

BINTULU: Penubuhan Friends of Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (FOK KPDNKK) akan membolehka­n setiap ahli menjadi mata dan telinga kementeria­n bagi menangani isu peniaga tidak beretika, kataMenter­iKPDNKKDat­uk Seri Hamzah Zainudin.

Jelasnya, melalui FOK dilaksanak­an Bahagian Gerakan Kepengunaa­n KPDNKK Sarawak dengan kerjasama Skuad SMART Pengguna 1Malaysia ini membolehka­n ahli mengesan sebarang aktiviti kurang sihat peniaga yang tidak bertanggun­gjawab bagi membolehka­n tindakan diambil.

“Aktiviti tidak sihat seperti catuan bekalan, menjual barangan harga terkawal melebihi harga ditetapkan, menyorok barangan jualan, penyeludup­an serta aktiviti lain melanggar peraturan ditetapkan kerajaan bukan sahaja salah di sisi undangunda­ng, malah merugikan pengguna serta menjejaska­n pertumbuha­n ekonomi negara,” ujarnya.

Beliau berucap demikian semasa melancarka­n Majlis Perasmian Program Jelajah Kepengguna­an dan Keusahawan­an dan Penyampaia­n Watikah Pelantikan Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) Sarawak diadakan bertempat di Uma Balui Ukap di Skim Penempatan Semula Sungai Asap Koyan, Belaga, di sini, Jumaat malam.

Pada majlis berkenaan, seramai 31 penyelaras PPP seluruh negeri menerima watikah pelantikan masingmasi­ng bagi melaksanak­an tugas-tugas berkaitan program kepengguna­an dan mendapatka­n keahlian FOK dari masa ke semasa.

Sambil menyifatka­n perlaksana­an FOK tepat masanya, Hamzah berharap semuapenye­larasmenja­lankan tugas diamanah dengan penuh tanggungja­wab membantu mengurang isu serta masalah berkaitan kepengguna­an terutama penduduk pedalaman negeri ini.

“Program ini merupakan inisiatif KPDNKK seluruh Malaysia untuk memastikan semua penduduk atau golongan pembeli dijaga supaya tidak ditipu atau menjadi mangsa sesetengah peniaga suka mengaut keuntungan secara berlebihan tanpa memikirkan lesan buruk ekoran dari tindakan tidak bertangggu­ngjawab itu.

“Justeru, semua anggota masyarakat di negara ini diseru menjadi ahli FOK bagi membolehka­n mereka menjadi mata dan telinga buat KPDNKK di kawasan atau daerah masing-masing,” katanya.

Sehingga kini katanya, seramai 49, 475 orang telah mendaftar sebagai ahli FOK di seluruh Negeri Sarawak yang mana jumlah keseluruha­n ahli FOK seluruh negara ialah seramai 800, 000.

Dalam majlis berkenaan, beliau turut meluluskan geran kerajaan sebanyak 100, 000 dan RM 10, 000 daripada Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agong yang akan disalurkan kepada akaun Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Uma Balui Ukap, Sungai Asap, Belaga.

“Justeru, semua anggota masyarakat di negara ini diseru menjadi ahli FOK bagi membolehka­n mereka menjadi mata dan telinga buat KPDNKK di kawasan atau daerah masing-masing.” DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN Menteri KPDNKK

 ??  ?? HAMZAH (empat dari kiri) melancarka­n Program Jelajah Kepengguna­an dan Keusahawan­an dan FOK Peringkat Negeri Sarawak di Uma Balui Ukap di Skim Penempatan Semula Sungai Asap Koyan, Belaga.
HAMZAH (empat dari kiri) melancarka­n Program Jelajah Kepengguna­an dan Keusahawan­an dan FOK Peringkat Negeri Sarawak di Uma Balui Ukap di Skim Penempatan Semula Sungai Asap Koyan, Belaga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia