Utusan Borneo (Sabah)

Jalan Taman Tunku banjir buat kali ketiga tahun ini

-

MIRI: Hujan lebat berserta angin kuat berterusan bermula jam 5 pagi Sabtu menyebabka­n Jalan Taman Tunku ke Kampung Lusut mengalami banjir kilat buat kali ketiga untuk tahun ini.

Tinjauan Utusan Borneo pada Sabtu ke lokasi kejadian mendapati air longkang mula membanjiri jalan tersebut bermula sekitar jam 8 pagi sehingga mencecah paras lutut orang dewasa.

Paling parah beberapa kenderaan seperti lori dan van turut terperangk­ap selain penduduk berhampira­n mengambil langkah berjaga-jaga memindahka­n kereta dan barang penting ke tempat lebih selamat.

Hujan mulai reda sekitar jam 11 pagi namun hujan renyai-renyai kembali turun kira-kira pada jam 12 tengah hari sehingga ke petang semalam.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri melaporkan semalam terdapat beberapa tempat berlakunya kejadian pokok tumbang akibat angin kuat.

Antara kawasan terlibat kejadian pokok tumbang adalah di Jalan Kuala Baram Bypass, Promin Jaya, Lutong, dan Jalan Pujut 1.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan Miri bertindak mengalihka­n pokok tumbang di atas jalan raya daripada menganggu lalu lintas.

Dalam perkembang­an berkaitan, kerja-kerja membesarka­n parit di Taman Tunku perlu dipercepat agar masalah banjir kilat membelengg­u penduduk setiap kali hujan lebat dapat dielakkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lambir, Ripin Lamat berkata, isu banjir di kawasan perumahan itu kerap dibangkit untuk tindakan pihak berkuasa tempatan dan kementeria­n yang terlibat.

“Kami benar-benar bersimpati kepada semua penduduk di kawasan yang terjejas ini. Saya diberitahu bahawa proses tender projek ini telah ditutup pada minggu ini dan berharap dapat dilaksanak­an segera,” jelas beliau.

Kejadian banjir kilat kembali berlaku di Taman Tunku pagi semalam disebabkan limpahan air dari parit di sepanjang jalan oleh hujan lebat berterusan.

Ripin memberitah­u, pada Mei lalu sejumlah RM1.5 juta diperuntuk­kan kerajaan kepada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk menangani masalah banjir di Taman Tunku.

Sistem perparitan baik, kata Ripin, amat diperlukan setiap kediaman khas kawasan padat dan berpopulas­i tinggi seperti Taman Tunku.

“Pihak berkuasa perlu kerap melakukan kerja-kerja penyelengg­araan membersihk­an parit agar ia tidak tersumbat oleh sampah dan bahan-bahan lain,” jelasnya.

Melihat kepada cuaca tidak menentu sekarang, Ripin menasihat penduduk untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka khasnya pada waktu hujan lebat.

 ??  ?? SEBUAH pacuan empat roda cuba menarik sebuah lori yang terperangk­ap akibat banjir kilat di Taman Tunku.
SEBUAH pacuan empat roda cuba menarik sebuah lori yang terperangk­ap akibat banjir kilat di Taman Tunku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia