Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin organisasi perlu mempunyai kewibawaan, integriti boleh dicontohi

-

SIBU: Pemimpin sesebuah organisasi bukan sahaja perlu berintegri­ti tinggi, malah mempunyai kewibawaan dan integriti yang boleh dicontohi oleh kakitangan bawahan.

Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai berkata, salah satu asas pembentuka­n sistem integriti ialah integriti tidak boleh dipaksa atau dikuat kuasa melalui undang-undang sematamata. “Untuk mengukuhka­n lagi integriti yang sedia wujud, pihak pengurusan harus merangka pelbagai program berterusan di peringkat organisasi menjadi ‘second nature’.

“Ke arah itu, tindakan pendidikan dan pencegahan perlu berjalan seiringan dengan tindakan hukuman,” ujarnya pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Integriti MDLBS di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

Sempurai berharap Majlis Ikrar Bebas Rasuah akan menjadi batu asas kepada pengukuhan integriti seluruh warga majlis.

“Sebagai pengerusi majlis dan pengamal undang-undang, saya selalu menekankan ketelusan dan kebertangg­ungjawaban dalam segala amalan kita.

“Saya amat bangga kita di majlis amat telus dalam pelaksanaa­n amalan dan memberikan perkhidmat­an kerajaan tempatan serta tugas-tugas am majlis,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak berkuasa tempatan merupakan benteng pertama antara rakyat dan kerajaan dalam memberikan perkhidmat­an perbandara­n.

“Oleh yang demikian, integriti amat penting bagi kita memberikan perkhidmat­an yang terbaik, bersih, amanah dan jujuh kepada rakyat,” tegasnya.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MDLBS Kaunselor Robert Lau Hui Yew, Setiausaha MDLBS Justani Joni dan Ketua Cawangan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu Jutim Nyagam.

 ??  ?? SEMPURAI (dua kiri), Lau (dua kanan), Justani (kiri) serta warga MDLBS melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Sibu.
SEMPURAI (dua kiri), Lau (dua kanan), Justani (kiri) serta warga MDLBS melafazkan Ikrar Bebas Rasuah di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia