Utusan Borneo (Sabah)

Faizal Tahir dapat pencalonan Anugerah Muzik Eropah MTV

-

TAYLOR Swift mendahului pencalonan bagi Anugerah Muzik Eropah MTV yang telah pun diumumkan baru-baru ini yang turut melihat Faizal Tahir tercalon untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) buat kali kedua.

Barisan artis dari negara-negara jiran yang turut bertanding bersama Faizal untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippine­s) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Taylor Swift yang mencetuska­n keributan dengan persona baharunya yang berdendam dalam ‘Look What You Made Me Do’ dicalonkan untuk enam hadiah termasuk Artis Terbaik dan Video Terbaik di edisi antarabang­sa bagi gala anugerah MTV tersebut, yang akan berlangsun­g di London pada 12 November.

‘Look What You Made Me Do’, lagu single utama dari album Swift yang akan datang, ‘Reputation’, memecah rekod bagi tontonan hari pertama dalam YouTube di mana Swift, sekian lama kuasa budaya yang menenangka­n, menunjukka­n sisi baharu dirinya yang menakutkan.

Video itu bermula dengan adegan tanah perkuburan di mana batu nisan menyebut ‘Here

Lies Taylor Swift’s Reputation’ (Di

Sini Bersemadi Reputasi Taylor Swift) dan seterusnya memperli dengan halus bekas-bekas teman lelakinya selain penyanyi rap, Kanye West, yang mempunyai permusuhan yang hangat dengannya.

Sensasi muda dari Kanada, Shawn Mendes, di tempat kedua dengan lima pencalonan, diikuti dengan empat pencalonan masing-masing bagi penulis lagu dari England, Ed Sheeran, dan penyanyi rap, Kendrick Lamar, yang menang besar di acara utama MTV, Anugerah Muzik Video (VMA), di Los Angeles pada Ogos lalu.

Calon bagi kategori Pentas Dunia Terbaik, yang mengiktira­f persembaha­n antarabang­sa, termasuk DJ Steve Aoki yang berpangkal­an di Los Angeles untuk satu pertunjuka­n khas MTV di Malta, dan Foo Fighters bagi satu gig yang disiarkan dari Barcelona.

Anugerah Muzik Eropah berbeza daripada VMA kerana ia mengiktira­f impak antarabang­sa dan memaparkan kategori bukan Inggeris.

Namun seperti VMA, anugerah itu umumnya lebih ditontoni kerana momen budaya pop, baik menurut skrip ataupun tidak, berbanding kerana pemenang sebenar.

MTV sebelum ini mengumumka­n Rita Ora, seorang penyanyi pop besar di Britain yang dijadual mengeluark­an album pertamanya dalam masa lima tahun, akan menjadi hos pertunjuka­n itu di bandar asalnya.

Bagi peminat yang mahu mengundi Faizal Tahir untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik bolehlah melakukann­ya melalui laman web rasmi MTV EMA di http:// www.mtvema.com/enasia/artists/i9m2j0/faizaltahi­r

Pengundian bagi caloncalon dalam kategori ini akan berakhir pada 11 November 2017.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia