Utusan Borneo (Sabah)

Negara mahu generasi masa depan berkemahir­an tinggi

Negara mahukan generasi masa depan berkemahir­an tinggi

-

KOTA BELUD: Malaysia mahukan kemenjadia­n pelajar menjadi fokus kepada aspirasi dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan berkemahir­an tinggi.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, ia penting bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran menyeluruh dalam sistem pendidikan.

“Masyarakat mahu melihat kualiti daripada guru dan mahuperanc­angan pendidikan daripada peringkat awal sehingga ke universiti.

“Semua pihak perlu memainkan peranan terutama guru dan ibu bapa itu sendiri, kerana pendidikan penting untuk kejayaan transforma­si membentuk generasi pada 2050,” katanya.

Tambahnya, satu dasar pendidikan futuristik yang bersifat holistik dan inklusif meliputi kecemerlan­gan akademik, sahsiah, kesihatan serta akhlak positif pelajar perlu diwujudkan.

Beliau yang juga Adun Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Hari Sukaneka Prasekolah Institusi Pendidikan Swasta (IPS) anjuran Majlis Permuafaka­tan Pendidikan Swasta bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud, di sini, pada Khamis.

Musbah berkata, setiap pelajar masa hadapan perlu ada ciri utama seperti kemahiran kepimpinan dan berfikir untuk bersaing di peringkat global.

Sebagai contoh katanya, Mohd Sirhajwan Idek, 29, muncul sebagai anak watan Kota Belud yang telah mencipta sejarah apabila menjuarai Anugerah Kecemerlan­gan Guru dalam bidang Keusahawan­an dan Inovasi Antarabang­sa sempena Persidanga­n Keusahawan­an dan Inovasi Eropah di Novancia Business School, Paris, pada bulan lepas.

“Sirhajwan yang merupakan wakil tunggal Asia berada dalam senarai 10 finalis.

“Semua pihak perlu memainkan peranan terutama guru dan ibu bapa itu sendiri, kerana pendidikan penting untuk kejayaan transforma­si ” membentuk generasi pada 2050 DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Guru lain adalah dari AS, UK, Russia, Jerman, Kanada, Denmark dan Colombia,

“Dalam bidang Seni Budaya Warisan pula, kita ada Matinin Sungkin pelajar SMK Taun Gusi yang turut mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia setelah memperoleh­i emas penari solo dalam pertanding­an Dance World Competitio­n di Jerman,” katanya.

Musbah berkata, anak-anak adalah generasi pewaris dan bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Oleh itu, ibu bapa harus menjaga, membimbing dan membantu anak-anak mereka mengembang­kan potensi masing-masing.

“Kerana mereka inilah harta yang sungguh mulia dan bernilai tinggi kepada sesebuah institusi keluarga,” jelasnya.

Menurutnya, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkemb­angkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang hormonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarka­n kepercayaa­n serta kepatuhan kepada Tuhan.

Sebab itu, Kementeria­n Pendidikan Malaysia menekankan visi ‘Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera’ dengan memperkena­lkan kurikulum baharu iaitu ‘Kemahiran Berfikir Aras Tinggi’ (KBAT).

“KBAT diterapkaa­n dalam sistem pendidikan supaya pelajar tidak hanya menghafal tetapi juga tahu dan faham apa yang mereka pelajari serta mengunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi sehingga boleh mencipta sesuatu yang baharu.

“Justeru, pendidikan di Malaysia menekankan kualiti agar insan yang dilahirkan melalui pendidikan akan terdidik sepenuhnya demi kesejahera­an negara,” katanya.

Sementara itu, sukaneka yang diadakan di padang Kampung Piasau itu disertai 28 tadika dan tiga sekolah rendah.

Tadika Chaya Minda yang terdiri daripada Tadika Raja Wali dan Tadika Generasi Maju diumumkan sebagai juara keseluruha­n dan semua hadiah telah disampaika­n oleh Musbah.

Turut hadir, Penolong Pegawai Pendidikan Prasekolah Swasta (Pendidikan Khas) Kota Belud Peter Lazim, Pengerusi Penganjur Pinggiew Linduman, Pengerusi Majlis Pemuafakat­an Tadika Swasta Daerah Kota Belud Angela Teo, Pegawai Kawasan Yayasan Sabah Daerah Kota Belud Julkifri Bakam dan Pengerusi JKKK Piasau Jimmy Barukang.

 ??  ?? MUSBAH (kanan) mengalungk­an medal kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.
MUSBAH (kanan) mengalungk­an medal kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara sukaneka.
 ??  ?? MUSBAH (kanan) menerima cenderahat­i daripada Pinggiew (dua kiri) diperhatik­an oleh Angela (kiri).
MUSBAH (kanan) menerima cenderahat­i daripada Pinggiew (dua kiri) diperhatik­an oleh Angela (kiri).
 ??  ?? MUSBAH (tengah) merakam gambar bersama AJK Prasekolah Institusi Pendidikan Swasta Kota Belud.
MUSBAH (tengah) merakam gambar bersama AJK Prasekolah Institusi Pendidikan Swasta Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia