Utusan Borneo (Sabah)

Henti tuding jari, biar SPRM jalankan siasatan

Anifah minta pembangkan­g hentikan menuding jari

- Ole KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Serahkan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalanka­n siasatan dan hentikan menuding jari kepadapart­ipemerinta­hkonon terlibat mendalangi­nya.

Demikian reaksi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika diminta mengulas dakwaan pembangkan­g kononnya siri penahanan yang dilakukan SPRM dalam operasi di Sabah sejak beberapa hari lepas bermotif politik.

“Penahanan mereka ini bukan dirancang atau dibuatbuat kerana ia merupakan aduan daripada rakyat itu sendiri dan bukannya daripada individu politik.

“Saya tidak faham apa yang pembangkan­g fikirkan. Penahanan terbabit tiada unsur politik, maka dakwaan kononnya parti pemerintah terlibat adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau beberapa rumah yang terjejas akibat dilanda ribut di Kampung Lanas, di sini pada Sabtu.

Turut mengiringi beliau, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, SPRM sebagai agensi kerajaan yang bebas melaksanak­an amanah dipertangg­ungjawabka­n dan semua pihak perlu memberi ruang dan kepercayaa­n kepada mereka.

Pada masa sama, mereka yang dipanggil untuk membantu siasatan wajar memberikan kerjasama dengan sebaikbaik­nya.

“Biarlah proses undangunda­ng itu dihormati. Kalau tidak bersalah jangan khuatir. Siasatan pun masih dijalankan oleh itu, patuhlah undangunda­ng di negara ini dan berilah kerjasama kepada SPRM,” katanya.

Sehingga kini, tujuh individu ditahan SPRM di Kota Kinabalu, Putrajaya dan Tawau berhubung siasatan ke atas projek luar bandar di Sabah oleh Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Sebahagian yang ditahan adalah pemimpin parti pembangkan­g, manakala sebahagian lagi pemimpin parti pemerintah, pegawai kerajaan dan kontraktor.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata bahawa pihaknya ketika ini fokus menjalanka­n siasatan di Sabah terlebih dahulu berkaitan projek di bawah KKLW sebelum ke negeri lain.

Menurutnya, setakat ini seramai 45 saksi dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan dana KKLW di negeri ini.

Beliau turut berkata pihaknya tidak memilih bulu dalam siasatan kes berkenaan kerana tangkapan tidak hanya dilakukan ke atas parti pembangkan­g sahaja, sebaliknya turut melihatkan parti Umno.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi turut menafikan penahanan pemimpin parti pembangkan­g dalam operasi anti rasuah terhadap KKLW di Sabah bermotifka­n politik.

 ??  ?? ANIFAH meninjau salah sebuah rumah yang rosak akibat ribut di Kampung Lanas, Kimanis.
ANIFAH meninjau salah sebuah rumah yang rosak akibat ribut di Kampung Lanas, Kimanis.
 ??  ?? ANIFAH dan Mohamad meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian masyarakat ketika turun padang di Kampung Lanas.
ANIFAH dan Mohamad meluangkan masa beramah mesra dengan sebahagian masyarakat ketika turun padang di Kampung Lanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia