Utusan Borneo (Sabah)

Anifah turun padang di Kimanis

Santai bersama penduduk, lawat projek dan ziarah mangsa ribut

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MENTERI Luar Datuk Seri Anifah Aman, meluangkan masa pada Sabtu untuk bersamasam­a rakyat di kawasan Parlimen Kimanis yang diwakiliny­a, menerusi pelbagai program turun padang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis melakukan ziarah di kedua-dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan Bongawan yang terangkum, dengan diiringi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Adun Membakut Datuk Arifin Arif dan Adun Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Turut bersama beliau dalam lawatan itu adalah pimpinan Umno Bahagian Kimanis, termasuk ketigatiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Program bermula dengan kunjungan ke sebuah rumah di Kampung Brunei, Membakut, sebelum diteruskan ke Serambi Wawasan di Pekan Membakut untuk program santai bersama jemaah haji yang baharu pulang dari Tanah Suci.

Sambil minum petang, Anifah berbual dan beramah mesra dengan mereka yang hadir, sambil bertanya khabar.

Selesai acara di situ, beliau kemudian meninjau beberapa projek jalan kampung di Pantai Kenangan, Bongawan, disusuli tinjauan ke rumahrumah penduduk terjejas akibat ribut di Kg Lanas.

Dalam lawatan itu, beliau mengarahka­n pegawainya supaya menyegerak­an bantuan bagi kerja pembaikan rumah-rumah penduduk yang terjejas.

Anifah turut berkesempa­tan beramahmes­ra dengan penduduk, termasuk kanak-kanak yang hadir.

Sementara itu, Mohamad yang juga presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) ketika ditemui di kampung itu berkata beliau serta beberapa pemimpin masyarakat lainnya akan terus mendekati masyarakat akar umbi sepanjang masa.

Katanya, program turun padang itu bertujuan memastikan keperluan rakyat di kawasan terus mendapat perhatian serta pembelaan daripada kerajaan demi kesejahter­aan masyarakat itu sendiri.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, rombongan Anifah kemudian berkunjung ke Kampung Koumbizaan untuk program santai bersama penduduk di situ yang majoritiny­a masyarakat Kadazandus­un/ Murut (KDM).

Di kampung itu, Anifah dan rombongan yang menghabisk­an masa kirakira lebih sejam, disajikan dengan makanan tradisi ‘ambuyat’ selain dihiburkan dengan nyanyian oleh warga kampung dengan pelbagai lagu tempatan.

Penduduk kampung yang ditemui menyatakan penghargaa­n kepada Anifah atas kunjungan itu dan menyifatka­n beliau sebagai pemimpin yang dekat dengan mereka.

“Kita akui beliau sentiasa sibuk sebagai Menteri Luar dan kita selalu tengok beliau di kaca televisyen sahaja, tetapi setiap kali Datuk Seri Anifah ada kelapangan, beliau selalu bersama penduduk kampung,” kata salah seorang penduduk.

 ??  ?? ANIFAH diberi taklimat mengenai salah satu projek jalan kampung. BEGINILAH keadaan rumah yang rosak akibat dilanda ribut.
ANIFAH diberi taklimat mengenai salah satu projek jalan kampung. BEGINILAH keadaan rumah yang rosak akibat dilanda ribut.
 ??  ?? MOHAMAD dan Anifah bersama penduduk KDM di Kg Kombizaan dalam program santai itu.
MOHAMAD dan Anifah bersama penduduk KDM di Kg Kombizaan dalam program santai itu.
 ??  ?? ANIFAH (empat kiri) berjalan kaki meninjau projek jalan kampung.
ANIFAH (empat kiri) berjalan kaki meninjau projek jalan kampung.
 ??  ?? ANIFAH bersalaman dengan penduduk di Serambi Wawasan.
ANIFAH bersalaman dengan penduduk di Serambi Wawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia