Utusan Borneo (Sabah)

SRS 1M’sia promosi aktiviti cegah jenayah

Pupuk kesedaran dalam kalangan komuniti

-

SKIM Rondaan Sukarela (SRS) 1Malaysia dapat mempromosi­kan aktiviti pencegahan jenayah dan memupuk kesedaran dalam kalangan komuniti.

Ia juga merealisas­ikan hasrat kerajaan ke arah memantap dan meningkatk­an tahap keselamata­n komuniti menerusi konsep pemimpin bersama rakyat.

“Walaupun tahap kes yang melibatkan keselamata­n dan keharmonia­n di Labuan ini dalam keadaan terkawal dan amat kecil berbanding negeri lain, namun penganjura­n Jom Ronda SRS 1Malaysia adalah penting sebagai kesedaran kita bersama untuk mengamalka­n semangat kejiranan yang mantap dalam memelihara kesejahter­aan dan keharmonia­n di dalam perumahan kejiranan kita,” kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Teks ucapannya telah disampaika­n oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani pada pelancaran Jom Ronda SRS 1Malaysia serentak seluruh negara peringkat Labuan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Mutiara, malam Sabtu.

Rozman berkata, selaras dengan hasrat bersatu mencegah jenayah yang merupakan tanggungja­wab bersama, mereka bertuah

“Walaupun tahap kes yang melibatkan keselamata­n dan keharmonia­n di Labuan ini dalam keadaan terkawal dan amat kecil berbanding negeri lain, namun penganjura­n Jom Ronda SRS 1Malaysia adalah penting sebagai kesedaran kita bersama untuk mengamalka­n semangat kejiranan yang mantap dalam memelihara kesejahter­aan dan keharmonia­n di dalam perumahan ” kejiranan kita

DATUK ROZMAN ISLI Ahli Parlimen Labuan kerana banyak agensi kerajaan yang prihatin terhadap keselamata­n dan kesejahter­aan di Taman Mutiara.

“Salah satunya ialah pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang telah mewujudkan dua kelas kemudahan Tabika Perpaduan di blok M dan L, dan mewujudkan Jawatankua­sa Rukun Tetangga serta SRS 1Malaysia di Taman Mutiara ini,” katanya.

Menurutnya, program Rondaan Awam, Polis dan Angkatan Tentera (RAPAT) yang diadakan secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) turut dijalankan di situ serta ia juga menghasilk­an Pusat Rondaan iaitu Kabin yang telah membantu merealisas­ikan permintaan penduduk.

Justeru, Rozman berharap agar penduduk Taman Mutiara memberi sokongan sepenuhnya kepada usaha itu supaya ia mencapai objektif yang diinginkan.

Menurut Pengarah JPNIN Labuan Mimie D Selvakumar, program itu merupakan susulan program Jom Ronda Versi 1 yang melibatkan pemimpin, Program Jom Ronda Versi 2 melibatkan pemimpin akar umbi manakala pada hari itu ia merupakan versi 3 yang melibatkan pemimpin serta masyarakat untuk turut terlibat membuat rondaan di perumahan Taman Mutuara.

“Sebanyak 14 KRT daripada 35 KRT di Labuan yang mengadakan SRS 1Malaysia ini hasil permintaan secara sukarela oleh 14 KRT berkenaan untuk menubuhkan SRS 1Malaysia,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi MPP Sub Zon 4 Labuan Haji Che Mat Haji Mustapha serta Ketua Kampung Sungai Bedaun Morsidi Mokhtar.

 ??  ??
 ??  ?? KHALID (duduk) sempat melawat kabin SRS 1Malaysia Taman Mutiara sambil diperhatik­an Mimie (berdiri, tiga dari kiri), Che Mat (berdiri, kiri) serta Morsidi (dua dari kanan).
KHALID (duduk) sempat melawat kabin SRS 1Malaysia Taman Mutiara sambil diperhatik­an Mimie (berdiri, tiga dari kiri), Che Mat (berdiri, kiri) serta Morsidi (dua dari kanan).
 ??  ?? KHALID bersama pemimpin akar umbi dan ahli SRS 1Malaysia Taman Mutiara turut serta meronda.
KHALID bersama pemimpin akar umbi dan ahli SRS 1Malaysia Taman Mutiara turut serta meronda.
 ??  ?? MIMIE (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Khalid.
MIMIE (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Khalid.
 ??  ?? KHALID berucap di majlis itu.
KHALID berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia