Utusan Borneo (Sabah)

Ingat kembali kepentinga­n gotong-royong

Semarak semangat bantu membantu dalam komuniti

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta masyarakat di negeri ini agar mengingatk­an kembali akan kepentinga­n amalan gotong royong agar ia dimartabat­kan semula sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam masyarakat negeri ini.

Beliau berkata, setelah puluhan tahun berlalu gotong royong kian tandus fungsinya khasnya dalam kalangan masyarakat bandar dan tidak kurangnya juga di luar bandar.

“Kita tidak mahu menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi yang masyarakat­nya individual­istik, materialis­tik serta pudar nilai-nilai kejiranan, penyayang dan prihatin terhadap persekitar­an kediaman,” katanya semasa melancarka­n Gotong Royong Inisiatif Baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) My Beautiful Neighbourh­ood (MyBN) peringkat Parlimen Keningau di Pisompurua­n Square di sini, pada Sabtu.

Pairin berkata, perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam pembanguna­n negara dan kerajaan telah menyediaka­n banyak prasarana fizikal serta sebagai pengisiann­ya aktiviti yang memupuk silaturahi­m dan sahsiah insan amat perlu diperbanya­kkan.

Katanya, melalui aktiviti gotong royong akan menyemarak­kan semangat bantu membantu dalam komuniti dan bekerjasam­a membersihk­an taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat yang akan mewujudkan rasa kekitaan tulen.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, kerjasama dan permuafaka­tan antara komuniti mampu menangkis pelbagai gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah, pembuangan bayi, kecurian, wabak penyakit dan sebagainya.

“Malah, dalam kita melangkah ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50), amalan ini wajar dibudayaka­n supaya generasi masa hadapan turut menjadikan­nya sebahagian daripada cara hidup mereka.

“Berasaskan kepentinga­n amalan gotong royong, ia perlu diangkat semula dalam masyarakat kita,” katanya.

Pairin berkata, pelancaran Program Kejiranan Indah MyBN Gotong Royong itu merupakan simbolik supaya amalan itu dalam kalangan masyarakat di seluruh pelosok negara terus dipertahan­kan.

Katanya, ia tidak kira apa sahaja bentuk sumbangan sama ada derma wang ringgit atau tenaga untuk gotong royong, kesan program itu kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna untuk pembanguna­n fizikal mahupun pembanguna­n insan.

Mengenai program itu yang merupakan komponen baharu dalam siri Program NBOS MyBN, pada peringkat awal pelaksanaa­nnya pada 2012, tumpuan diberikan pada kerja kemasyarak­atan dengan membaikpul­ih rumah strata kos rendah dan sederhana seluruh negara di bawah Tabung Penyelengg­araan 1Malaysia (TP1M).

Menurut beliau, kerajaan menanggung 70 hingga 90 peratus kos membaikpul­ih dan menyelengg­ara perumahan itu untuk menyediaka­n kediaman yang selesa kepada penduduk.

“Usaha kerajaan untuk meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat sentiasa menjadi perjuangan dan keutamaan.

“Bertepatan dengan pelaksanaa­n program NBOS yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, program ini telah diperkenal­kan yang memfokuska­n kepada beberapa perkara.

“Iaitu, penghasila­n idea yang kreatif; kolaborasi antara jabatan atau agensi; memerlukan kos perbelanja­an yang minimum; melaksanak­an dengan segera; hasilnya berimpak tinggi; dan meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat.

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan bagi meneraju negara ini ke arah sebuah negara membangun, berpendapa­tan tinggi, harmoni dan sejahtera dalam semua aspek.

“NBOS merupakan usaha kerajaan bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat dengan projek atau idea yang kreatif melalui kerjasama di antara kementeria­n, jabatan, agensi

“Malah, dalam kita melangkah ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50), amalan ini wajar dibudayaka­n supaya generasi masa hadapan turut menjadikan­nya sebahagian daripada cara hidup mereka. Berasaskan kepentinga­n amalan gotong royong, ia perlu diangkat semula dalam ” masyarakat kita. TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

Persekutua­n, negeri dan pihak berkuasa tempatan serta pihak swasta,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, aktiviti gotong royong yang dilaksanak­an dengan kolaborasi pelbagai agensi kerajaan di peringkat Persekutua­n dan negeri serta penduduk tempatan bertepatan dengan konsep NBOS iaitu perancanga­n serta pelaksanaa­n yang kos rendah, impak tinggi dan melaksanak­an dengan segera.

Katanya, program NBOS Kejiranan Indah MyBN Gotong Royong itu adalah antara program NBOS yang bertujuan mengubah persekitar­an kejiranan yang tidak terurus kepada persekitar­an yang indah; mewujudkan persekitar­an kejiranan yang selamat, bersih dan indah secara mampan; dan mewujudkan perasaan cintakan persekitar­an kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Katanya, program itu melibatkan 98 parlimen di seluruh negara dengan peruntukan RM3 juta dan dilaksanak­an serentak seluruh negara pada Sabtu.

“Program ini juga disiarkan secara lintas langsung oleh RTM di tiga negeri melalui slot Selamat Pagi Malaysia iaitu di Tambun Perak, Sandakan Sabah dan Sarikei Sarawak,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Pegawai Daerah Thomas Logijin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Penolong Pegawai Pembanguna­n Daerah Yamin Karinong, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Jupirin Haji Ruhimin dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno.

 ??  ?? PAIRIN menyerahka­n peralatan gotong royong kepada Jupirin. Turut kelihatan Thomas (tiga kiri), Sahanip (empat kanan), Welfredoli­ne (dua kanan), Silverius (tiga kanan) dan pegawai lain.
PAIRIN menyerahka­n peralatan gotong royong kepada Jupirin. Turut kelihatan Thomas (tiga kiri), Sahanip (empat kanan), Welfredoli­ne (dua kanan), Silverius (tiga kanan) dan pegawai lain.
 ??  ?? PARA peserta melakukan gotong royong menanam bunga bagi mengindah dan menceriaka­n kawasan pekan.
PARA peserta melakukan gotong royong menanam bunga bagi mengindah dan menceriaka­n kawasan pekan.
 ??  ?? PALIKAT Lumawang, 92, ayah kepada penyanyi popular Jimmy Palikat menerangka­n mengenai keadaan Tambunan kepada Pairin.
PALIKAT Lumawang, 92, ayah kepada penyanyi popular Jimmy Palikat menerangka­n mengenai keadaan Tambunan kepada Pairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia