Utusan Borneo (Sabah)

Selari Dasar Sukan Negara

7,000 warga Labuan meriahkan pelancaran Hari Sukan Negara

-

PELANCARAN Hari Sukan Negara 2017 peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan berlangsun­g penuh meriah dengan kehadiran kirakira 7,000 orang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa.

Acara yang berlangsun­g di Dataran Labuan itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang juga pengerusi Perbadanan Labuan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mohd Hazan Dahari.

Hadir sama ialah ketuaketua jabatan kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat, pemimpin sukan dan belia.

Penyertaan dalam pelbagai acara yang dijalankan membabitka­n peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, pelajar sekolah serta universiti dan penduduk setempat yang membanjiri Dataran Labuan seawal jam 6.30 pagi.

Berucap pada majlis itu, Rozman berkata seramai 18,000 penduduk pulau bebas itu menyertai HSN selama tiga hari bermula 13 Oktober lalu.

“Penyertaan secara sukarela pelbagai lapisan masyarakat adalah selari dengan Dasar Sukan Negara,” katanya.

Acara itu lebih meriah dengan kehadiran atlet negara yang mewakili Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur bulan lalu dan bekas atlet yang pernah mengharumk­an nama negara hingga ke peringkat Sukan Olimpik dan kejohanan dunia.

Pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan mengisi acara itu termasuk larian, senamrobik, demonstras­i seni mempertaha­nkan diri, karnival sukan rakyat, karnival sukan OKU dan pertanding­an sukan.

Pada majlis itu, Rozman juga melancarka­n Galeri Sukan Labuan yang menempatka­n koleksi bekas atlet serta pemimpin sukan yang pernah mewakili Labuan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

“Galeri Sukan Labuan akan menempatka­n pelbagai koleksi bekas atlet dan pemimpin sukan serta kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabang­sa yang pernah diadakan di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Saya berharap Galeri Sukan Labuan ini akan melahirkan lebih ramai atlet tempatan yang akan mewakili Malaysia hingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n HSN 2017 peringkat Labuan.

Rozman berkata, Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta agansi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) komited untuk melahirkan rakyat bersukan dan sentiasa mementingk­an kesihatan selaras pelaksanaa­n dasar Hari Sukan Negara.

“Kita sentiasa menyokong Hari Sukan Negara kerana mahu menjadikan Malaysia negara bersukan dan mempunyai rakyat yang sihat,” katanya.

Program itu dimulakan dengan acara senamrobik dan sesi memanaskan badan.

Rozman turut bersamasam­a peserta berjalan sejauh tiga kilometer dalam acara Fun Walk HSN 2017.

Program itu turut disertai

“Perbadanan Labuan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan serta agansi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) komited untuk melahirkan rakyat bersukan dan sentiasa mementingk­an kesihatan selaras pelaksanaa­n dasar Hari Sukan Negara. Kita sentiasa menyokong Hari Sukan Negara kerana mahu menjadikan Malaysia negara bersukan dan mempunyai rakyat yang sihat. ” DATUK ROZMAN ISLI Ahli Parlimen Labuan

atlet Sukan SEA 2017 dan Sukan Para Asean yang memenangi pingat dalam pelbagai acara bulan lalu.

Turut diadakan penyampaia­n sijil penghargaa­n dan sumbangan kerajaan kepada bekas atlet dan pemimpin sukan yang pernah berjasa di persada sukan Labuan, kebangsaan dan antarabang­sa.

Penganjur juga menyampaik­an insentif kepada atlet OKU Labuan yang berjaya memperoleh­i pingat emas di Sukan Para Asean 2017 yang berlangsun­g di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara lain yang memeriahka­n sambutan itu ialah Gegar HSN 2017 yang melibatkan aktiviti Fun Walk/Run sejauh 3 dan 5 kilometer, HSN Fun Ride (berbasikal sejauh 32 kilometer) dan Karnival Sukan Rakyat.

Sementara itu, Mohd Hazan berkata kanak-kanak tadika dan sekolah rendah serta orang kelainan upaya (OKU) tidak dilupakan dengan mengadakan acara Family Zone dan Karnival Sukan OKU.

“Pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan yang membabitka­n kira-kira 15,000 warga Labuan termasuk pelajar dan golongan belia pada 13 hingga 15 Oktober di peringkat kampung, komuniti dan NGO,” katanya.

Sempena HSN 2017, bekas pemain dan jurulatih serta Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (Lafa) Dilbagh Singh dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Sukan 2017.

 ??  ?? PELBAGAI lapisan rakyat menyertai senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Labuan.
PELBAGAI lapisan rakyat menyertai senamrobik sempena Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Labuan.
 ??  ?? BASHIR (memegang Jalur Gemilang) dan Rozman (memegang bendera Labuan) menyertai acara berjalan kaki sejauh 3 kilometer.
BASHIR (memegang Jalur Gemilang) dan Rozman (memegang bendera Labuan) menyertai acara berjalan kaki sejauh 3 kilometer.
 ??  ?? ROZMAN bersama warga Labuan menyertai acara senamrobik sempena pelancaran Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Labuan pada Sabtu.
ROZMAN bersama warga Labuan menyertai acara senamrobik sempena pelancaran Hari Sukan Negara 2017 di Dataran Labuan pada Sabtu.
 ??  ?? DILBAGH menerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan daripada Rozman sambil diperhatik­an Bashir (kiri), Azhar (dua kiri) dan Mohd Hazan (kanan).
DILBAGH menerima anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan daripada Rozman sambil diperhatik­an Bashir (kiri), Azhar (dua kiri) dan Mohd Hazan (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia