Utusan Borneo (Sabah)

526 meriahkan Walk For Hope Beaufort

-

SERAMAI 526 orang menyertai program Walk For Hope sejauh lima kilometer iaitu program bersempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Sabah dan Hari Sukan Negara, pagi Sabtu.

Bermula seawal jam 6 pagi bertempat di Dataran Bagandang, Beaufort, para peserta melakukan sesi pemanas badan melalui aktiviti senamrobik dan seterusnya peserta dilepaskan untuk program Walk For Hope.

Pegawai Daerah Beaufort Haji Mohd Shaid Haji Othman menyempurn­akan acara pelepasan para peserta yang rata-ratanya terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa serta warga emas.

Turut diadakan pada program itu ialah pembukaan kaunter derma darah, kaunter pendaftara­n pengikrar penderma organ, cabutan tiket bertuah bagi pengikrar penderma organ dan pertanding­an busking dengan lagu bertemakan pendermaan organ.

Dalam pertanding­an busking, kumpulan Weston The Best Buskers dari Pekan Weston dinobatkan sebagai johan pertanding­an, manakala kumpulan Hamba Allah Buskers menduduki tempat kedua dan Baby Shark Buskers yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah di tempat ketiga.

Penutupan Minggu Pendermaan Organ Peringkat Negeri Sabah 2017 akan dilakukan pada 28 Oktober ini oleh Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Beaufort Datuk Hajah Azizah Mohd Dun di Hospital Beaufort.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Hospital Beaufort Dr Sutharsan A/L Kannan dan Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak.

Orang ramai yang ingin berikar untuk menjadi penderma organ boleh menghubung­i Unit Promosi Kesihatan Hospital Beaufort di talian 087-212333 sambungan 493.

 ??  ?? MOHD Shaid (tiga dari kiri) bersama antara urusetia semasa program. Turut kelihatan, Dr Sutharsan (tengah) dan Azmir (tiga dari kanan).
MOHD Shaid (tiga dari kiri) bersama antara urusetia semasa program. Turut kelihatan, Dr Sutharsan (tengah) dan Azmir (tiga dari kanan).
 ??  ?? PESERTA menulis nota untuk diikat pada pokok, menyatakan sokongan kempen.
PESERTA menulis nota untuk diikat pada pokok, menyatakan sokongan kempen.
 ??  ?? PARA peserta dilepaskan oleh Mohd Shaid (memegang hon pelepasan).
PARA peserta dilepaskan oleh Mohd Shaid (memegang hon pelepasan).
 ??  ?? KECERIAAN pada wajah peserta program itu.
KECERIAAN pada wajah peserta program itu.
 ??  ?? AKSI peserta senamrobik.
AKSI peserta senamrobik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia