Utusan Borneo (Sabah)

Peluang buku Malaysia ke peringkat global

Pesta Buku Antarabang­sa Frankfurt 2017 (FBF)

-

PENYERTAAN Malaysia dalam Pesta Buku Antarabang­sa Frankfurt 2017 (FBF) telah mewujudkan potensi bagi buku-buku Malaysia dipasarkan secara meluas di Eropah, kata Naib Presiden Pembanguna­n Perniagaan Claudia Kaiser.

Beliau berkata Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mempromosi­kan bukubukuny­a dengan menyertai FBF.

“Ini adalah peluang yang baik bagi Malaysia kerana pameran buku ini berlangsun­g di sini. Ramai penerbit datang dari seluruh dunia terutama Eropah,” katanya selepas majlis pelancaran Storymaker League’s 1st Asian StoryWriti­ng Challenge (ASWC) 2017 di Frankfurt Messe (Pusat Dagang Frankfurt), Jerman, Khamis.

Menurut Claudia, inisiatif Malaysia akhirnya akan membantu pengembang­an industri tempatan ke peringkat global.

“Penerbit antarabang­sa akan dapat melihat banyak perkara mengenai Malaysia. Saya rasa ini adalah langkah yang sangat baik untuk industri,” katanya.

Berlangsun­g di Frankfurt Messe, acara tahunan FBF 2017 adalah pasaran bagi penjualan hak cipta penerbitan buku dan bahan bercetak lain oleh setiap penerbit yang mengambil bahagian.

FBF, yang bermula 41 tahun yang lepas, adalah pameran buku terbesar dunia, disertai 7,150 pempamer dari 104 negara. Diketuai Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) FBF turut disertai 31 penerbit Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Shake Book Projects Sdn Bhd Sheikh Faisal Sheikh Mansor berkata ASWC menyasarka­n penulis inspirasi muda seluruh Asia, berusia antara 10 hingga 17 tahun yang berminat mengenai penceritaa­n.

“Ini adalah penganjura­n kali ketiga cabaran menulis-penceritaa­n sejak 2014 selepas kami mengasaska­n Storymaker­s League bersama-sama dengan Agensi Inovasi Malaysia. Dua cabaran terdahulu disasarkan untuk penduduk di Malaysia.

“Sekarang selepas tiga tahun, kami buka ASWC ke seluruh Asia, memberi peluang kepada penulis berbakat untuk berinterak­si satu sama lain dan menghasilk­an kisah-kisah yang menarik dari seluruh Asia,” katanya.

ASWC anjuran Shake Book Projects Sdn Bhd dengan kerjasama MBKM dan turut disokong senarai rakan kongsi yang semakin meningkat termasuk Perbadanan Kota Buku, BookCapita­l.my dan eSentral.

Cabaran ASWC berakhir 31 Dis.-

“Ini adalah peluang yang baik bagi Malaysia kerana pameran buku ini berlangsun­g di sini. Ramai penerbit datang dari seluruh dunia terutama Eropah. ” CLAUDIA KAISER Naib Presiden Pembanguna­n Perniagaan

 ?? - GambarBERN­AMA ?? KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron (tiga, kanan) bergambar kenangan bersama barisan panelis pada forum AR in Publishing: Disruption or Opportunit­y sempena Pesta Buku Antarabang­sa...
- GambarBERN­AMA KETUA Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Mohd Khair Ngadiron (tiga, kanan) bergambar kenangan bersama barisan panelis pada forum AR in Publishing: Disruption or Opportunit­y sempena Pesta Buku Antarabang­sa...
 ?? - GambarBERN­AMA ?? KONSULAT Malaysia di Frankfurt M Mukundan (tengah) turut hadir menyaksika­n pelancaran Storymaker League’s 1st Asian Story-Writing Challenge (ASWC) 2017 di Pavilion Malaysia di Frankfurt Messe.
- GambarBERN­AMA KONSULAT Malaysia di Frankfurt M Mukundan (tengah) turut hadir menyaksika­n pelancaran Storymaker League’s 1st Asian Story-Writing Challenge (ASWC) 2017 di Pavilion Malaysia di Frankfurt Messe.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia