Utusan Borneo (Sabah)

Gadis ‘kuih bulan’ luas empayar perniagaan, buka kilang

-

HANYA lapan bulan selepas perniagaan kuih bakulnya menjadi tular di laman sosial, gadis kurang upaya (OKU) ini kini terus melebarkan empayar syarikatny­a dengan memulakan operasi di kilang baharu pada bulan lalu.

Haziqah Nurul Huda Harun, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, berkata beliau melabur sebanyak RM150,000 dengan menggunaka­n wang simpanan hasil perniagaan selama ini untuk kos operasi kilang yang terletak di Bukit Kuang, Kemaman itu.

“Alhamdulil­lah, apabila beroperasi daripada kilang, pengeluara­n kuih bakul dan kuih bulan Yaya lebih tersusun dan berjaya menghasilk­an kuantiti lebih banyak berbanding ketika Yaya masih beroperasi di rumah dahulu.

“Fokus ketika ini ialah Yaya mahu mendapatka­n sijil pengesahan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industi (MeSTI) daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Walaupun kuih bakul dan kuih bulan keluaran syarikat Yaya ini memang menggunaka­n bahan halal, Yaya tetap mahu mendapatka­n sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk lebih mudah menembusi pasaran halal dunia,” kata gadis lumpuh yang bergerak menggunaka­n kerusi roda ini kepada Bernama.

Ketika ini, Yaya memfokuska­n pengeluara­n kuih bulan berikutan permintaan memberangs­angkan dari dalam dan luar negara apabila purata pengeluara­nnya antara 40,000 hingga 60,000 kuih sebulan.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata beliau turut meningkatk­an ilmu pemasaran dengan mendaftar sebagai pelajar di sebuah akademi pengiklana­n laman sosial Facebook dan mendaftar kelas bimbingan seorang mentor usahawan terkenal.

“Selepas balik daripada kelas, jualan memang melonjak naik hampir lima kali ganda dan Yaya akan terus meningkatk­an kemahiran ini untuk mencapai cita-cita Yaya menjadi usahawan muslimah yang disegani.

“Alhamdulil­lah, daripada hanya tiga pekerja, kini Yaya sudah mempunyai lapan pekerja yang dapat melancarka­n lagi proses pembuatan dan pembungkus­an kuih ini,” katanya.

Kecekalan Yaya mengharung­i 1001 cabaran dan ujian dunia perniagaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang kagum dengan dirinya.

Yaya sering dijemput oleh pelbagai institut pendidikan seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara Seremban, dan Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur untuk perkongsia­n pengalaman dan kisah kejayaan.

Enggan mendabik dada, tegas Yaya beliau hanya memberikan alternatif kepada umat Islam untuk menikmati kuih tradisiona­l masyarakat Cina itu yang dihasilkan syarikat milik orang Islam.

“Selain itu, jihad ekonomi kecil Yaya ini juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada remaja setempat.

“Yaya juga mahu memperkema­skan lagi sistem pengedaran kuih bakul dan kuih bulan ini menggunaka­n sistem ejen tidak lama lagi. Ketika ini peguam masih dalam proses merangka terma, syarat dan perundanga­n untuk manfaat syarikat dan ejen yang akan bersama kami nanti,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia