Utusan Borneo (Sabah)

Santai Merdeka@Komuniti dekati golongan belia

-

PROGRAM Santai Merdeka@Komuniti: Gen-Y Cabaran dan

Isu Masa Kini berjaya meningkatk­an kesedaran terhadap isu-isu keselamata­n jalan raya dan bahaya penyalahgu­naan dadah dalam kalangan belia.

Pengarah Penerangan Labuan Azman Sipan berkata, program anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Pusat GiatMara Labuan itu menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Program pada hari ini kita anjurkan bersama dengan Pusat GiatMara untuk mendekati golongan belia atau generasi Y yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara di masa hadapan.

“Ini selaras dengan sasaran kerajaan yang ingin melihat negara diwarisi golongan belia serta modal insan berilmu dan peka terhadap isu yang terjadi di sekeliling mereka,” katanya semasa menyampaik­an ucapan ringkas pada majlis itu di Pusat GiatMara Labuan, pagi Sabtu.

Beliau berharap program itu dapat menjadi platform untuk mereka mendapatka­n maklumat terkini yang berkait rapat dengan cabaran serta kehidupan seorang belia atau generasi Y masa kini.

Dalam pada itu, Azman merakamkan ucapan penghargaa­n kepada Pusat GiatMara Labuan, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Labuan yang turut bekerjasam­a menjayakan program itu.

Pada program itu, Pengarah JPJ Labuan Yusuf Andan dan Ketua Unit Pencegahan, Publisiti dan Kesedaran Awam AADK Labuan Ramli Bahar memberikan taklimat kesedaran isu-isu keselamata­n jalan raya dan penyalahgu­naan dadah kepada kira-kira 50 pelatih Pusat GiatMara Labuan.

Turut hadir ialah Pengurus Pusat GiatMara Labuan Mohd Nazri Nor Ahmad.

 ??  ?? AZMAN (duduk, tiga dari kanan), Nadzri (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta dan urusetia program.
AZMAN (duduk, tiga dari kanan), Nadzri (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta dan urusetia program.
 ??  ?? RAMLI (kanan) berinterak­si dengan pelatih GiatMara Labuan.
RAMLI (kanan) berinterak­si dengan pelatih GiatMara Labuan.
 ??  ?? PARA pelatih Pusat GiatMara menunjukka­n minat kepada ceramah daripada JPJ.
PARA pelatih Pusat GiatMara menunjukka­n minat kepada ceramah daripada JPJ.
 ??  ?? YUSUF menyampaik­an taklimat.
YUSUF menyampaik­an taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia