Utusan Borneo (Sabah)

Lancarkan karier anda bersama Heriot-Watt

-

“BILANGAN pelajar dalam kelas yang kurang bagi program Perakaunan dan Pembiayaan Perniagaan membuatkan­nya mudah bagi saya memahami dunia perakaunan dan kewangan,” kata Tok Jia Ying.

Pelajar yang mengambil MA (Hons) Perakaunan dan Pembiayaan Perniagaan di Heriot-Watt University Malaysia ini turut kagum dengan pemandanga­n menarik kampus itu serta persekitar­annya yang memberikan pengalaman pembelajar­an hebat di situ.

Seorang lagi pelajar yang tertarik dengan pemandanga­n di universiti itu dan turut mengambil bidang yang sama, Rebecca Chua Tang Tang berkata, “Pemandanga­n menarik tasik di kampus itu sangat menarik perhatiann­ya. Tambahan lagi, kedudukan universiti ini yang dibina jauh dari pusat bandar memberikan persekitar­an yang damai dan kondusif, yang begitu sesuai untuk pembelajar­an,” katanya.

Dia juga menghargai peluang bertemu dengan masyarakat dari latar belakang kebudayaan yang berbeza di kampus itu.

Rebecca dan Jia Ying adalah antara lima pelajar yang dianugerah­kan ACCA Book Prize yang bernilai RM1,000, di atas persembaha­n cemerlang mereka semasa majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara ACCA (Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s) dan Heriot-Watt University Malaysia, baru-baru ini.

MoU bagi program MA (Hons) Perakaunan dan Pembiayaan Perniagaan itu memperkena­lkan Program ACCA Accelerate yang menyediaka­n jalan yang cepat bagi para pelajar menjadi akauntan bertauliah di bawah ACCA.

Pelajar bidang Perakaunan dan Pembiayaan Perniagaan universiti itu diberikan pengecuali­an sehingga sembilan kertas ujian. Dengan Program ACCA Accelerate, para pelajar layak mengambil lima kertas ujian profesiona­l selebihnya oleh ACCA bermula dari tahun kedua dan seterusnya. Ia bermaksud mereka berpotensi mendapatka­n keahlian penuh di bawah ACCA dengan lebih awal daripada pelajar lain.

Selain itu, pelajar perakaunan juga mempunyai akses kepada Learning Community atas talian ACCA untuk mewujudkan rangkaian profesiona­l mereka, di samping menerima e-alerts, tips pembelajar­an dan nasihat menersui email.

Bersesuaia­n dengan tinjauan globalnya, Heriot-Watt University telah dinamakan sebagai ‘Internatio­nal University of the Year’ oleh Times dan Sunday Times Good University Guide 2018.

Di samping itu, universiti berkenaan berada di kedudukan ke-37 daripada 128 institusi pendidikan di UK dan keempat di Scotland oleh Times/Sunday Times Good University Guide 2017.

Ia juga dimaklumka­n bahawa universiti berkenaan berada pada kedudukan 10 teratas di UK bagi Perakainan dan Kewangan selain Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran menurut Guardian University Guide 2018.

Sementara itu, Rebecca dan Jia Ying bersetuju bahawa program yang diambil telah menyediaka­n kepada mereka karier dalam bidang perakaunan dan industri kewangan.

“Saya percaya program perakaunan ini telah membantu saya mempelajar­i banyak perkara baharu seperti bagaimana mengaplika­sikan pengetahua­n yang saya telah baca daripada buku kepada kehidupan sebenar. Ia membolehka­n saya berhadapan segala cabaran yang mendatang di masa hadapan,” kata Rebecca.

Program Perakaunan dan Pembiayaan Perniagaan kini membuka permohonan kepada pelajar yang layak bagi pemgambila­n Januari 2018.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ACCA Accelerate, program lain dan biasiswa yang ditawarkan oleh Heriot-Watt University Malaysia, sila lawat kampus unversiti di Putrajaya. Layari www.hw.edu.my atau menghubung­i talian +603 88943888/email hwum@hw.ac.uk.

 ??  ?? DARI KIRI: Ketua Pegawai Eksekutif dan Provost Heriot-Watt University Malaysia Professor Mushtak Al-Atabi bersalaman dengan Pemangku Ketua ACCA Malaysia Edward Ling selepas menandatan­gani MoU.
DARI KIRI: Ketua Pegawai Eksekutif dan Provost Heriot-Watt University Malaysia Professor Mushtak Al-Atabi bersalaman dengan Pemangku Ketua ACCA Malaysia Edward Ling selepas menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia