Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 sertai Gotong Royong Parlimen Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Gotong Royong Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kejiranan Indah (MyBN) 2017 di Parlimen Ranau mendapat penyertaan ribuan penduduk pelbagai lapisan masyarakat.

Program itu memberi manfaat kepada komuniti setempat terutama dalam mengubah persekitar­an kejiranan yang tidak terurus kepada persekitar­an yang cantik selain mewujudkan persekitar­an kejiranan yang selamat, bersih serta indah.

Ia juga menerapkan budaya cintakan persekitar­an kejiranan dalam kalangan penduduk setempat tanpa membezakan dari segi suku kaum, anutan agama dan ideologi politik.

Selain itu, memberi impak positif kepada puluhan ribu penduduk yang mendiami kawasan kediaman di parlimen itu sekaligus menjadi ‘touch point’ bagi meningkatk­an kesejahter­aan hidup rakyat akar umbi.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin ketika berucap melancarka­n Gotong Royong NBOS MyBN itu di Tapak Pasar Malam Pekan Ranau berkata ia merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan mengajak rakyat agar cintakan kebersihan demi kesejahter­aan sejagat.

Beliau memuji dan berterima kasih kepada orang ramai termasuk ketua dan kakitangan kerajaan serta agensinya, pihak swasta dan NGO kerana turut menjayakan gotong-royong perdana itu.

“Program seperti ini amat penting bagi kita di daerah Ranau dan Kundasang ke arah memastikan kebersihan dan keindahan pekan serta persekitar­an kampung, memandang keduadua daerah ini merupakan antara destinasi pelanconga­n menarik di Malaysia ,” katanya.

Hadirsamai­alah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr

Joachim Gunsalam, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Karanaan Haji Jahidin Lumat dan Setiausaha Sulit Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat James Ingguru.

 ??  ?? EWON (duduk, dua kiri) ketika menanam pokok hiasan sempena gotong royong itu.
EWON (duduk, dua kiri) ketika menanam pokok hiasan sempena gotong royong itu.
 ??  ?? SALAH seorang ahli Harts Ranau Ustaz Nazi Abdullah turut menyertai program itu.
SALAH seorang ahli Harts Ranau Ustaz Nazi Abdullah turut menyertai program itu.
 ??  ?? PESERTA gotong royong membersihk­an kawasan Sungai Liwagu.
PESERTA gotong royong membersihk­an kawasan Sungai Liwagu.
 ??  ?? JAHIDIN (mencangkun­g) turut menanam pokok.
JAHIDIN (mencangkun­g) turut menanam pokok.
 ??  ?? PESERTA gotong royong di Kiaburi Plaza Ranau.
PESERTA gotong royong di Kiaburi Plaza Ranau.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi peserta gotong royong itu.
SEBAHAGIAN lagi peserta gotong royong itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia