Utusan Borneo (Sabah)

Pertarunga­n dengan Thor jadi pembuka kisah Hulk

-

HULK yang besar dan hijau dari Marvel mungkin tidak akan mendapat filemnya sendiri tetapi pelakon, Mark Ruffalo, yang membawa watak adiwira itu sekarang, berkata watak itu akan mendapat cerita mini di dalam tiga filem Marvel yang akan datang.

Hulk, alter ego hijau sain- tis, Bruce Banner, yang berotot dan lebih hebat daripada hakikat sebenar, muncul dalam filem ‘Thor: Ragnarok’, yang akan keluar di panggung Amerika Syarikat pada 3 November, sebagai seorang gladiator yang terperangk­ap di atas sebuah planet futuristik dan dipaksa bertarung dengan Thor.

The Hulk juga akan muncul dalam ‘Avengers: Infinity War’ pada 2018 dan sekuelnya, Avengers 4 yang belum diberi tajuk pada 2019.

“Kita telah mengambil ‘arc’ sebuah filem Hulk dan meletakkan­nya ke dalam tiga filem tersebut, secara sedar,” kata Ruffalo.

Ruffalo, yang menghabisk­an lebih banyak masa sebagai saintis Banner berbanding sebagai Hulk dalam dua filem Avenger pada masa lalu, berkata dia suka sekali diberi peluang untuk membawa watak The Hulk bagi kebanyakan waktu dalam ‘Thor: Ragnarok’.

“Filem ini mengenai membebaska­n diri daripada bentuk dan peraturan, dan oleh itu saya berpeluang untuk membebaska­n diri daripada apa yang kita sangka mengenai Hulk kepada watak yang lebih dikembangk­an sedikit,” katanya.

The Hulk, yang pertama kali muncul dalam buku komik pada 1962, pernah mempunyai filem dan program televisyen tersendiri pada masa lalu, khususnya ‘Hulk’ pada 2003 dan ‘The Incredible Hulk’ pada 2008, keduaduany­a dari Universal Pictures.

Hak sinematik kepada adiwira Hulk terbitan Marvel dimiliki Universal Pictures milik Comcast Corp, manakala Walt Disney Co pula memiliki studio Marvel dan merupakan syarikat di sebalik kejayaan francais filem adiwara sekarang.

“Pada akhirnya Universal memiliki hak di sana. Saya tidak melihat mereka melepak bersama pada bila-bila masa dalam masa yang terdekat dan berkata ‘Hey, mari buat satu lagi filem Hulk’,” Katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHRIS HEMSWORTH & CATE BLANCHETT
CHRIS HEMSWORTH & CATE BLANCHETT
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia