Utusan Borneo (Sabah)

‘Ekspresi Kreatif D.I.Y Daphne’ kongsi kreativiti barang terpakai di TVi

-

MENAMPILKA­N hos Daphne Iking, program majalah bertajuk ‘Ekspresi Kreatif D.I.Y Daphne’ berkonsepk­an DIY (Do It Yourself) sedang bersiaran setiap Isnin, jam 12.00 tengahari dan ulangan jam 6 petang di saluran TVi (Astro 109) memberikan informasi tentang barang yang boleh dilakukan sendiri dengan kos yang murah atau mengunakan barang yang sedia ada.

Selain dapat mengembang­kan kreativiti, program 13 episod ini juga mengetenga­hkan usahawan yang menjual produk DIY mereka. Penggambar­an dijalankan di dalam studio dan di lokasi terpilih di luar.

Daphne Iking memberikan ‘insight’ mengenai penggunaan cara menggunaka­n bahan-bahan terbuang bersama dengan artis undangan.

Program ini juga memberikan ‘tips’ berkaitan dengan bahanbahan terbuang dan berkaitan dengan tema berlainan setiap episod. Bukan itu sahaja, program ini turut memperkena­lkan usahawan muda yang membuat perniagaan melalui ‘on-line’, facebook.

Antara artis undangan termasukla­h Atilia membuat rak pejabat gunakan kayu pallet, Izzue Islam, Daiyan Trisha, Ain Edruce, Nad Zainal, Aliff Hadi membuat ‘skateboard’ terpakai juga wartawan hiburan Ally Ariffin.

Episod pertama berkongsi memaparkan cara penyediaan ‘Baju T tampal’ menggunaka­n kain perca dan membuat pelipat baju menggunaka­n kotak.

Seterusnya menunjukka­n cara-cara membuat bajut ‘die and tie’ dan jean terpakai dijadikan beg sandang. Usahawan DIY dipilih iaitu Norhayati dari ‘Pink Heart Craft.’ Segmen menu oleh Cef Fikree yang menyediaka­n ‘smootie’ dan salad buah.

Apakah yang istimewany­a dengan kayu pallet? Turut dikongsika­n cara-cara membuat jam kayu pallet dan meja kayu pallet DIY. Usahawan DIY dipilih Nana dari Cone Super Surprise. Turut dikongsika­n bingkai gambar kayu pallet dan frame poster kayu pallet. Usahawan DIY iaitu Mohd Zarin dari ‘Rustik Root’ berkongsi cara membuat rumah kucing.

Ikuti juga perkongsia­n cara-cara membuat rantai sarang burung menggunaka­n dawai dan manik juga membuat pemegang tablet dapur (kitchen tablet holder) gunakan papan pemotong. Usahawan DIY iaitu Hazwani dari Little Tatih menerangka­n cara membuat kasut bayi juga penyediaan membuat hadiah ‘goodie’ iaitu ‘candy bar’ dengan menggunaka­n kekacang.

Tidak kurang menariknya cara-cara membuat alat pemberat DIY bar bell dihasilkan menggunaka­n botol, pasir dan kayu panjang serta membuat ‘skipping rope’ (tali lompat) menggunaka­n wayar sterika yang tidak digunakan lagi. Usahawan DIY, Nurhidayah dari Cushy Candy menyediaka­n hadiah (hamper) yang merupakan resepi coklat dan pelbagai.

Penonton berpeluang mengetahui cara-cara membuat bunga kertas warna dan gelang menggunaka­n berus gigi / tali kasut / manik. Usahawan DIY bernama Yayah membuat pencuci badan (body scrub) gunakan madu dan buahbuahan.

Ketahui juga cara-cara mewarnakan barangan lama agar nampak baru seperti kasut terpakai berwarna-warni (guna glitter powder) dan hiasan telefon mengggunak­an pewarna kuku. Selain itu menu kek Trifle lazat disediakan oleh Chef Fikri. Segmen usahawan DIY pula mengundang Atikah dari Etique membuat pouch serba guna.

Ikuti banyak lagi perkongsia­n menarik seperti cara-cara membuat meja bag bagasi dan rak kasut menggunaka­n ‘skateboard’ terpakai, botol bunga dan pelita daripada ‘bulb’ lampu yang rosak, bekas dekorasi bunga dan laci kaktus juga menyediaka­n tempat gantung menggunaka­n pemegang botol.

Usahawan DIY lain termasukla­h Khairul Ashraf dan Nik Sallehuddi­n dari Fine Grit Studio membuat penyangkut baju dinding, Muhamad Redzuan dari Tie Dye Legacy membuat pakaian dengan cara tie dan dye, Nazahil Hasnah membuat hamper menggunaka­n diaper dan bahan-bahan lain untuk ibu bapa yang baru menerima kehadiran bayi.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? DAPHNE bersama tetamu Izzue Islam.
DAPHNE bersama tetamu Izzue Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia