Utusan Borneo (Sabah)

Bayern rai kepulangan Heynckes dengan membelasah Freiburg 5-0

-

BERLIN, Jerman: Jupp Heynckes memulakan penggal keempat beliau sebagai jurulatih Bayern Munich dengan bergaya apabila pasukannya menewaskan Freiburg 5-0 di Allianz Arena dan merapatkan jurang di belakang pendahulu Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund, yang tewas 2-3 kepada RB Leipzig.

Gol sendiri Julian Schuster meletakkan Bayern di hadapan seawal minit ketujuh sebelum Kingsley Coman menambah jaringan sebelum rehat.

“Kami mahu menunjukka­n apa yang kami mampu lakukan dengan segera,” kata Thomas Mueller ketika memberitah­u penyiaran Sky Sports. “Akan ada ramai orang yang menyanyi memuji kami dalam beberapa hari nanti tetapi kami harus terus bermain dengan baik.”

Gol cantik Thiago Alcantara meletakkan Bayern 3-0 di hadapan pada minit ke-63 sebelum Robert Lewandowsk­i dan Joshua Kimmich melengkapk­an jaringan.

“Pasukan bermain dengan hebat hari ini dan selayaknya menang,” kata Thiago.

Kemenangan membolehka­n Bayern kurang dua mata di belakang Dortmund, selepas pendahulu liga tewas buat kali pertama musim ini kepada RB Leipzig.

Kesilapan Stefan Ilsanker membolehka­n PierreEmer­ick Aubameyang membuka jaringan untuk Dortmund seawal minit keempat tetapi gol dari Marcel Sabitzer dan Yussuf Poulsen memastikan Leipzig di hadapan.

“Ia perlawanan penuh ketegangan,” kata pemain tengah Dortmund, Gonzalo Castro.

“Kami hilang rentak dalam separuh masa pertama, kami bolos dua gol mudah.”

 ?? — Gambar Reuetrs ?? HEYNCKES (kanan) menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern dan Freiburg di Allianz Arena pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuetrs HEYNCKES (kanan) menyaksika­n pemainnya beraksi pada perlawanan Bundesliga Jerman di antara Bayern dan Freiburg di Allianz Arena pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia