Utusan Borneo (Sabah)

Saffrey kekal bergelar Raja Gunung

Perlumbaan Mendaki Gunung Kinabalu Antarabang­sa 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Atlet kebanggaan Sabah, Saffrey Sumping berjaya mempertaha­nkan gelaran juara kategori lelaki semasa Perlumbaan Mendaki Gunung Kinabalu Antarabang­sa 2017 di Kundasang pada Ahad.

Sekalipun terpaksa bersaingan dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang, malim gunung berusia 34 tahun itu tidak berhadapan masalah besar untuk tiba di garisan penamat dengan catatan masa dua jam, 18 minit dan 28 saat (2:18:28s), hampir dua minit dihadapan pencabar terdekat.

Peserta dari Kenya, Lel Kipchirchi­r, 24, muncul selaku naib johan kategori Lelaki Elit dengan catatan masa 2:20:22s, diikuti seorang lagi atlet tempatan, Daved Simpat, 35, pada kedudukan ketiga dengan catatan masa 2:20:42s.

“Perlumbaan kali ini lebih mencabar, hujan lebat turun dari kelmarin lagi dan permukaan (laluan perlumbaan) sangat licin.

“Semasa mula, saya tertinggal di belakang dua peserta Kenya iaitu Kipchirchi­r dan (pemenang tempat ketiga tahun lalu) John (Kiprorir Rutto) sehingga la berpatah balik sebelum memintas mereka ketika turun ke Pondok Layang-Layang.

“Dari sana, saya terus berada dihadapan,” jelas Saffrey ditemui setibanya di garisan penamat, disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh para peminat dan penyokong setia acara tahunan anjuran Perbadanan Pelanconga­n Sabah (STB) yang dikelolaka­n oleh Sri Pelanconga­n Sabah (SPS) itu.

Meskipun begitu, Safrey agak kecewa kerana perlumbaan tahun ini juga tidak berlangsun­g sehingga ke puncak Gunung Kinabalu. Kurang enam kilometer (km), terpaksa dipendekka­n sehingga ke Panalaban (Kilometer 10), sama seperti tahun lalu, selepas keadaan cuaca buruk yang boleh menggugat keselamata­n para peserta.

Namun demikian, catatan masa Saffrey tahun ini lebih baik berbanding 2:21:33s tahun lalu, dan berapa tahun hadapan, perlumbaan itu dapat berlangsun­g sehingga ke puncak untuk perlumbaan jarak sebenar iaitu 26km.

Dalam persaingan kategori wanita, atlet Filipina; Sandi Menchi Catlona Abahan juga berjaya mempertaha­nkan kejuaraan untuk tahun kedua berturut-turut selepas tiba di garisan penamat dengan catatan masa 3:04:30s.

Sandi berada lima minit dihadapan peserta tempatan Anineh Dainin yang berjaya muncul selaku naib johan dengan catatan 3:09:33s, sambil peserta dari Kenya; Valentine Jepkemoi Serem menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 3:28:07s.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar; Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, melepaskan 116 peserta pada perlumbaan edisi Ke-30 tahun ini.

“Perlumbaan kali ini lebih mencabar, hujan lebat turun dari kelmarin lagi dan permukaan (laluan perlumbaan) sangat licin. Semasa mula, saya tertinggal di belakang dua peserta Kenya iaitu Kipchirchi­r dan (pemenang tempat ketiga tahun lalu) John (Kiprorir Rutto) sehingga la berpatah balik sebelum memintas mereka ketika turun ke Pondok Layang-Layang. ” SAFFREY SUMPING Juara kategori lelaki

 ??  ?? SAFFREY (tengah) diapit Kipchirchi­r (kiri) dan Daved muncul selaku tiga peserta terpantas Lelaki Elit pada Perlumbaan Mendaki Gunung Kinabalu Antarabang­sa 2017 di Kundasang pada Ahad.
SAFFREY (tengah) diapit Kipchirchi­r (kiri) dan Daved muncul selaku tiga peserta terpantas Lelaki Elit pada Perlumbaan Mendaki Gunung Kinabalu Antarabang­sa 2017 di Kundasang pada Ahad.
 ??  ?? SANDI (tengah) diapit Anineh (kiri) dan Valentine memberi reaksi pada jurugambar selepas mendominas­i tiga kedudukan terbaik kategori Wanita Elit.
SANDI (tengah) diapit Anineh (kiri) dan Valentine memberi reaksi pada jurugambar selepas mendominas­i tiga kedudukan terbaik kategori Wanita Elit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia