Utusan Borneo (Sabah)

Commer Galaxy julang Piala HSCCC

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pasukan Commer Galaxy merangkul gelaran juara Kejohanan Golf Piala Amal Korporat Yang DiPertua Negeri (HSCCC) 2017 di Sutera Harbour Golf & Country Club (SHGCC) pada Ahad.

Menerusi tiga keputusan terbaik, gandingan mantap Leduin Jordan Mobijohn, Mohd Noh Adzlie, Christophe­r James dan Ahmad Syuib Nasir mencatat nett 210 pukulan, untuk mengatasi 51 pasukan lain termasuk dua pencabar terdekat Altroniial­troniks Sdn Bhd dan Warisan Harta 1 dengan kelebihan empat pukulan.

Selepas melalui Kiraan Semula (OCB), Altroniial­troniks gandingan empat pemain wanita, dikepalai oleh Jacqueline Lau, Sally Song Eun A, Nadia Sofie Suhaimi dan Chew I berpuas hati menduduki tempat kedua pada kejohanan edisi Ke-3 kali ini.

Manakala pasukan Warisan Harta 1 gandingan Mohd Nor Tahir, Osman Jalil, Jaini Jeffrey dan Khir Juhari Haji Ali Baba yang turut mencatat nett 214 pukulan menyandang tempat ketiga.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Haji Abd Kadir Rosline menjulang Trofi Jemputan Tuan Yang Terutama selepas menjuarai kategori Tetamu Kenamaan (VIP) dengan catatan nett 70 pukulan mengatasi naib johan menerusi OCB.

Datuk Osman Jamal muncul selaku naib johan juga dengan catatan nett 70 pukulan sambil Radin Yusof dengan aksi nett 71 pukulan muncul selaku pemenang tempat ketiga.

Kejohanan itu diadakan bersempena Ulangtahun Ke-64, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin yang mana merupakan penung Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club (SHMGCC) dan Yayasan Tun Jauhar

Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Mejar (K) Al Hambra Tun Juhar semasa berucap merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua peserta serta penaja dalam menjayakan kejohanan tahun ini.

Majlis penyampaia­n hadiah telah berlangsun­g di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Resort bersempena Majlis Makan Malam Gala dengan turut dihadiri oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni, Datuk Bandar Kota Kinabalu; Datuk Yeo Boon Hai dan Pengerusi Sutera Harbour Resort; Datuk Sam Goi.

Penaja utama untuk acara tahun ini ialah Hap Seng Consolidat­ed Berhad dan Teck Guan Group dan disokong oleh pnaja-penaja lain termasuk Affin Hwang Asset Management Berhad, Petronas dan Sabah Enegery Corporatio­n, Sound Tech Production Sdn Bhd, KK12FM, Moma Water Sdn Bhd, Beyond Ultron Sdn Bhd dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd selaku penaja minuman rasmi100Pl­us .-

 ??  ?? TUN Juhar (tiga kiri) menyampaik­an Piala Penaung kepada ketua pasukan Commer Galaxy; Mohd Noh (empat kanan) disaksikan oleh Christophe­r (dari kiri), Al Hambra, Sam, Yeo, Leduin Jordan dan Ahmad Syuib semasa Majlis Makan Malam Gala 2017 di Grand...
TUN Juhar (tiga kiri) menyampaik­an Piala Penaung kepada ketua pasukan Commer Galaxy; Mohd Noh (empat kanan) disaksikan oleh Christophe­r (dari kiri), Al Hambra, Sam, Yeo, Leduin Jordan dan Ahmad Syuib semasa Majlis Makan Malam Gala 2017 di Grand...
 ??  ?? AL Hambra (tiga dari kiri) dan Tun Juhar, Sam, Yeo bersama pasukan Altroniial­troniks gandingan Nadia Sofie (dari kanan), Jacqueline Lau, I Youn (dari kiri) dan Sally selaku naib johan.
AL Hambra (tiga dari kiri) dan Tun Juhar, Sam, Yeo bersama pasukan Altroniial­troniks gandingan Nadia Sofie (dari kanan), Jacqueline Lau, I Youn (dari kiri) dan Sally selaku naib johan.
 ??  ?? DATUK Kadir (dari kanan) bersama Yeo, Al Hambra dan Osman semasa penyampaia­n hadiah kategori Tetamu Kenamaan.
DATUK Kadir (dari kanan) bersama Yeo, Al Hambra dan Osman semasa penyampaia­n hadiah kategori Tetamu Kenamaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia