Utusan Borneo (Sabah)

KTC bawa pulang tiga pingat emas

Kejohanan Terbuka Antarabang­sa Malaysia 2017 kali ke-2

-

KOTA KINABALU: Atlet Kelab Taekwondo Master Kim (KTC) berjaya membawa pulang tiga pingat emas dari Kejohanan Terbuka Antarabang­sa Malaysia 2017 kali ke-2 baru-baru ini.

Pencapaian tiga emas di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur itu turut diiringi empat perak dan lima gangsa.

Pingat emas dimenangi melalui disiplin Poomsae menerusi Izah Qhalesya dalam peringkat umur tujuh tahun ke bawah perempuan, dan Jayden Soon serta Marco Mihaly juga di peringkat umur sama bahagian lelaki.

Dalam disiplin sama, KTC turut memenangi tiga perak menerusi Chelsea Steffi Supi (kategori Junior Black Belt perempuan), Riffat Affan (kategori Talipingga­ng biru lelaki) dan Ahmad Izran Qhalif (kategori Junior Black Belt lelaki).

Manakala pingat gangsa pula disumbangk­an oleh Bless Alexis, Raphael Olivin dan Lee Seung Kyu yang masingmasi­ngnya bertanding dalam kategori tali pinggang merah perempuan dan Junior Black Belt lelaki.

Dalam disiplin sparring (Tempur) pula, pingat perak dimenangi sekali lagi oleh Izah Qhalesya untuk peringkat umur tujuh tahun ke bawah.

Baki dua pingat gangsa pula masing-masingnya dimenangi sekali lagi oleh Chelsea Steffi Supi yang bertanding dalam kategori 8-10 tahun perempuan, dan Jermaine Danish Jeffrey juga dalam kategori umur sama bahagian lelaki.

Sebahagian ibu bapa atlet KTC yang ditemui rataratany­a memberi reaksi positif terhadap penyertaan anak-anak mereka dalam kejohanan itu.

Antaranya Gary Louis yang menyatakan

emua peserta yang bertanding dalam acara Poomsae adalah mantap dalam aksi mereka. Manakala peserta yang bertanding dalam acara sparring pula kebanyakan­nya cukup tangkas dan fokus.

“Mereka datang dari jauh. Tentunya mereka akan memberikan yang terbaik dan tidak ingin pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau optimis bahawa pengalaman yang ditimba anaknya itu adalah sesuatu yang sangat berharga baginya dalam membaiki segala kekurangan dalam keduadua acara yang disertainy­a.

Molly Christophe­r turut merasakan ia satu pendedahan dan pengalaman baik kepada semua peserta KTC.

Katanya, “Ia adalah satu pendedahan yang baik dengan peserta yang datang dari negara luar seperti Indonesia, Singapore, Pakistan, Iran dan Uzbekistan.”

“Ia adalah satu platform kepada peserta taekwondo muda untuk menunjukka­n dan skil mereka setelah membuat persediaan selama beberapa bulan,” katanya yang juga ibu kepada Jermaine Danish.

Tambahnya, ia juga satu pengalaman berharga yang memotivasi­kan peserta untuk berlatih lebih gigih bagi menghadapi pertanding­an peringkat tinggi di masa hadapan.

Bagi Joey Chin pula, anaknya Jaydeen berpeluang merasai semangat berpasukan serta tekanan dalam kejohanan besar itu.

Joey berkata, “Ia baik untuk dia ketahui bahawa hidup bukannya semudah yang difikirkan, dan lawannya akan cuba menewaskan­nya dengan apa cara sekalipun.”

“Tentunya dalam pertanding­an akan datang, kami berharap KTC akan mendapat keputusan yang lebih baik. Tetapi yang paling penting ialah kami sekeluarga telah melalui masa yang baik,” katanya sambil menambah, kejohanan itu merupakan pengalaman yang baik bagi anaknya. Bapa kepada Bless dan Marco pula tidak menyangka keduadua anaknya berjaya memperoleh­i pingat pada usia tujuh dan lapan tahun. “Mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup tetapi berjaya memperoleh­i pingat walaupun menghadapi tentangan hebat daripada peserta yang lebih berpengala­man,” katanya yang dikenali sebagai Agus.

Beliau berkata, persembaha­n mantap yang ditunjukka­n peserta dalam dan luar negeri sudah tentunya memberi pengalaman serta pengajaran kepada anakanakny­a bagi memperbaik­i kelemahan yang ada. Turut senada dengan Gary, Molly, Joey dan Agus ialah bapa kepada Izah Qhalesya dan Ahmad Izran Qhalif. “Secara positifnya, mereka dapat menimba pengalaman dan pendedahan dalam pertanding­an peringkat lebih tinggi dan antarabang­sa,” kata beliau yang memperkena­lkan dirinya sebagai Izmir.

“Pada masa yang sama, mereka dapat meningkatk­an imej kelab yang diwakili dan turut mengharumk­an nama sekolah,” tambahnya.

Bagi Fadly pula, taekwondo adalah sukan yang mampu membentuk asas disiplin serta ketahanan diri yang jitu.

Di samping itu katanya, ia turut memberi ruang kepada anaknya Riffat Affan menimba pengalaman bertanding di peringkat lebih tinggi.

Kejohanan itu mampu mencungkil potensi seseorang peserta untuk mewakili negara suatu hari nanti, katanya yang mempunyai seorang lagi anak, iaitu Mohamad Darwisy Rafiq Mohd Fadly, yang bertanding dalam kejohanan itu. Manakala ibu kepada Raphael Olivin ketika dihubungi berkata, anaknya ketika ini masih bersemanga­t walaupun kandas dalam acara sparring tetapi mendapat pingat gangsa dalam Poomsae.

“Raphael berjanji akan mencuba dengan lebih baik lagi pada masa hadapan,” kata Rachel Mansa ringkas yang turut menghantar seorang lagi anaknya iaitu Michael Lovinon ke kejohanan itu.

Kejohanan antarabang­sa itu telah disertai oleh 48 kelab yang datang dari pelbagai negara seperti Malaysia, Indonesia, Cambodia, India, Pakistan, Uzbekistan, Kanada, Syria, Iran dan Singapura.

Ia dianjurkan oleh sebuah organisasi swasta bermula tahun lepas dan akan terus dianjurkan sebagai acara tahunan.

Turut mengiringi atlet KTC adalah jurulatih dari Korea Selatan Lee Seung Jong dan Yeoh Lei Le, seorang jurulatih tempatan.

“Ia adalah satu platform kepada peserta taekwondo muda untuk menunjukka­n bakat dan skil mereka setelah membuat persediaan selama beberapa bulan. MOLLY CHRISTOPHE­R Ibu Jermaine Danish

 ??  ??
 ??  ?? RAPHAEL (kanan) berjanji akan mencuba dengan lebih baik pada kejohanan akan datang. PASANGAN adik beradik Bless (kanan) dan Marco berjaya meraih pingat.
RAPHAEL (kanan) berjanji akan mencuba dengan lebih baik pada kejohanan akan datang. PASANGAN adik beradik Bless (kanan) dan Marco berjaya meraih pingat.
 ??  ?? penyertaan anaknya Chelsea memberi peluang kepadanya mempelajar­i serta membaiki kelemahan yang ada. “Hampir kesbakat JERMAINE Danish bergambar dengan bendera Malaysia sebagai tanda kebanggaan.
penyertaan anaknya Chelsea memberi peluang kepadanya mempelajar­i serta membaiki kelemahan yang ada. “Hampir kesbakat JERMAINE Danish bergambar dengan bendera Malaysia sebagai tanda kebanggaan.
 ??  ?? JAYDEN (kanan) berdiri atas podium.
JAYDEN (kanan) berdiri atas podium.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASANGAN adik beradik Qhalif dan Qhalisya turut menyumbang pingat.
PASANGAN adik beradik Qhalif dan Qhalisya turut menyumbang pingat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CHELSEA meraikan kemenangan dengan gaya tersendiri.
CHELSEA meraikan kemenangan dengan gaya tersendiri.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia