Utusan Borneo (Sabah)

Piala Adun Kundasang pelawa penyertaan

Tawar hadiah wang tunai keseluruha­n RM45,000

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pasukan bola sepak khasnya di negeri ini dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak 11 Sebelah bagi merebut Piala Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.

Pengerusi penganjur Jason George (gambar) berkata kejohanan itu bakal berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan Ranau, bermula 1 Disember tahun ini dan dijangka tamat pada bulan April 2018.

Katanya, kejohanan berprestij yang julung kali diadakan itu dianjurkan oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang dengan kerja Majlis “Penyertaan kini dibuka untuk mana-mana pasukan di seluruh Malaysia dengan yuran penyertaan sebanyak RM2,500 setiap pasukan. ”

JASON GEORGE Pengerusi penganjur Belia Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sabah dan juga Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) daerah Ranau serta Persatuan Pengadil Bola Sepak Safa/FAM daerah Ranau.

“Penyertaan kini dibuka untuk mana-mana pasukan di seluruh Malaysia dengan yuran penyertaan sebanyak RM2,500 setiap pasukan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jason menjelaska­n, matlamat utama penganjura­n kejohanan itu adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan bola sepak, di samping mengeratka­n perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Kejohanan ini juga diharap dapat melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti untuk diketengah­kan ke peringkat negeri dan kebangsaan,” jelasnya.

Katanya, kejohanan itu bakal menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai serta hadiah iringan berupa piala kejohanan dan medal selain menawarkan hadiah teknikal untuk individu.

Menurutnya, juara kejohanan itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 beserta piala dan medal, manakala naib johan akan membawa pulang wang tunai RM11,000 dan juga medal. Pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000 beserta medal.

Sementara itu, hadiah teknikal individu pula seperti penjaring terbanyak, pemain terbaik, penjaga gol terbaik dan pengurus terbaik masingmasi­ng akan membawa pulang wang tunai RM500 serta tropi.

Jason yang juga Pegawai Media Pejabat Adun Kundasang menjelaska­n, kejohanan tersebut terhad kepada 32 pasukan sahaja berdasarka­n pasukan yang terawal mengesahka­n penyertaan melalui pembayaran yuran penyertaan.

“Setakat ini, sejumlah 38 pasukan telah mendaftark­an penyertaan tetapi baru tiga pasukan yang telah membayar yuran penyertaan sekali gus mengesahka­n penyertaan,” katanya sambil menjangkak­an kejohanan itu bakal disertai pasukan luar negeri termasuk dari Lawas, Sarawak.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 November ini, namun penyertaan dengan sendirinya ditutup sekiranya jumlah pasukan yang bertanding dan membayar yuran penyertaan RM2,500 telah mencapai 32 pasukan yang disasarkan.

Kesemua 32 pasukan yang bertanding akan dibahagika­n kepada lapan kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai empat pasukan dan bertanding secara liga dalam kumpulan.

Perlawanan akan diadakan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad( bermula 1 Disember depan) membabitka­n sebanyak tujuh perlawanan pada setiap minggu.

Beliau menambah, antara pasukan yang dijangka menjadi tumpuan untuk kejohanan kali ini adalah pasukan PABS FC dari Sandakan, Juta FC dari Keningau, Tinagas FC dari Ranau dan juga Combat FC yang berasal dari Lahad Datu.

Sehubungan itu, manamana pasukan yang berminat menyertai kejohanan ini, boleh berhubung terus dengan Jason George di talian 017863 4943 atau melalui emel: jasongeorg­ecsa@gmail.com.

 ??  ?? PASUKAN Juta FC dari Keningau bakal mencabar pada kejohanan itu.
PASUKAN Juta FC dari Keningau bakal mencabar pada kejohanan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia