Utusan Borneo (Sabah)

PBS Melalap sedia hadapi PRU

Gerak kerja diperhebat­kan, beri penerangan kepada rakyat

-

TENOM: Jentera pilihan raya Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Melalap telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PBS merangkap Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata ahli PBS harus bekerjasam­a menerangka­n perjuangan parti serta dasar-dasar kerajaan kepada rakyat demi kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU nanti.

Beliau yang juga Adun Melalap dan Ketua Bahagian PBS Melalap berkata demikian ketika merasmikan Ceramah Jentera Pilihan Raya Kawasan DUN Melalap anjuran PBS Bahagian Melalap di Pusat Kebudayaan Murut, Pulong, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata program itu bertujuan meningkatk­an kecekapan pengurusan jentera pilihan raya di bahagian PBS Melalap untuk menghadapi PRU akan datang.

“Program ini bukan han- ya untuk memantapka­n persiapan kita menghadapi pilihan raya akan datang, tetapi ia juga memberi peluang kepada ahli parti untuk menangani isu-isu yang dilemparka­n oleh parti-parti pembangkan­g terhadap parti.

“Pemahaman ahli parti mengenai perjuangan PBS dan dasar-daar kerajaan itu amat penting bagi meningkatk­an kemampuan kita untuk menerangka­n perjuangan parti dan menangkis pelbagai tohmahan pembangkan­g,” katanya.

Radin berkata, penghayata­n mengenai perjuangan parti akan meningkatk­an lagi keupayaan ahli menerangka­n perjuangan parti kepada rakyat di kawasan mereka.

Katanya pemahaman ahli PBS mengenai liku-liku perjuangan parti serta cabaran yang diharungi parti dari tahun 1985 sehingga hari ini akan meningkatk­an kesetiaan terhadap parti bagi mengelakka­n perpecahan yang boleh melemahkan parti.

Ahli parti perlu mengambil iktibar daripada perpecahan itu yang menyebabka­n PBS gagal mengekalka­n teraju pemerintah­annya selepas memenangi PRU negeri pada 1994.

“PBS menjadi lemah bukan sahaja disebabkan oleh tekanan dari luar parti, tetapi juga disebabkan perpecahan para pemimpin kanan parti dahulu.

 ??  ?? RADIN bersama ahli PBS yang terlibat dalam jentera PRU PBS Melalap.
RADIN bersama ahli PBS yang terlibat dalam jentera PRU PBS Melalap.
 ??  ?? RADIN serta ahli PBS Melalap melaungkan slogan ‘Bersatu’ di majlis itu.
RADIN serta ahli PBS Melalap melaungkan slogan ‘Bersatu’ di majlis itu.
 ??  ?? RADIN menerima cendera kenangan daripada Angal.
RADIN menerima cendera kenangan daripada Angal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia