Utusan Borneo (Sabah)

Atase kemanusiaa­n ditempatka­n di Bangladesh bantu pelarian

-

COX’S BAZAR (Bangladesh): Malaysia akan menempatka­n seorang atase kemanusiaa­n dan kebajikan daripada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) di Bangladesh, bagi melaksanak­an komitmen kerajaan membantu pelarian etnik Rohingya yang kini berada di kem-kem pelarian,kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata perkara itu akan beliau cadangkan kepada jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan supaya ia dapat dilakukan segera.

“Atase kemanusiaa­n ini akan kita tempatkan di Suruhanjay­a Tinggi Malaysia di Dhaka. Dengan adanya pegawai ini, ia akan membantu pejabat Suruhanjay­a Tinggi untuk melakukan bukan hanya koordinasi tetapi pemantauan agar bantuan-bantuan sampai kepada sasaran dan dapat dirasai faedahnya oleh pelarian berkenaan,” katanya di sini.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerjanya selama dua hari ke Bangladesh sejak Ahad.

Ketika melawat Kem Pelarian Rohingya di Kutupalong, kirakira 35 km dari sini pada Isnin, Ahmad Zahid berkata MKN akan bertindak menyelaras­kan bantuan kemanusiaa­n yang mahu disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di kemkem pelarian di Bangladesh.

Ini bagi memastikan semua bantuan akan sampai kepada sasarannya selain memastikan jenis bantuan yang benar-benar diperlukan pelarian itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dengan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Kementeria­n Luar akan dapat melakukan pelantikan secara pentadbira­n dengan segera dan beliau yakin perkara itu boleh dilaksanak­an dalam tempoh 30 hari.

“Semoga ini dapat beri gambaran dan terjemahka­n komitmen kerajaan terhadap permasalah­an pelarian Rohingya di Bangladesh. Ini kali pertama kita akan tempatkan atase kemanusiaa­n dan kebajikan,” katanya sambil menambah walaupun tidak pernah timbul isu sumbangan pelarian tidak sampai kepada penerima, adalah baik untuk pemantauan sentiasa dilakukan.

Sementara itu, katanya, beliau akan berbincang dengan perdana menteri berkenaan pelaksanaa­n peranan MKN sebagai penyelaras semua bantuan untuk pelarian Rohingya dan seterusnya membawanya kepada jemaah menteri.

“Ia meliputi bantuan yang datang daripada kerajaan termasuk pembinaan hospital medan yang akan dibina Kementeria­n Pertahanan, Kementeria­n Kesihatan dan Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia.

“Jugakerjas­amadenganm­edia yang kumpulkan bantuan untuk disalurkan melalui usaha MKN bagi diagihkan kepada NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Malaysia yang bergerak di Bangladesh dan kepada badanbadan kebajikan lain yang prihatin dengan kebajkan orang Rohingya,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada NGO Malaysia yang berada di Bangladesh yang sedang bergerak di beberapa lokasi pelarian Rohingya.

Sebelum sidang media itu, Ahmad Zahid menyampaik­an bantuan sebanyak enam juta Taka (RM309,000) kepada Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan dua juta Taka (RM103,000) kepada Mercy Malaysia, bagi meneruskan usaha membantu pelarian Rohingya.

Krisis kemanusiaa­n semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar dengan semakin ramai etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh setiap hari dan semakin banyak kem pelarian diwujudkan.

Jumlah sebenar pelarian tidak dapat dipastikan tetapi ada banyak pihak mendakwa ia melebihi sejuta orang. Bernama

 ??  ?? RAKYAT Rohingya beratur di hadapan pejabat sementara tentera Bangladesh untuk mendaftar sebagai pelarian selepas melepasi pintu sempadan di kem Kutupalong di Ukhiya.
RAKYAT Rohingya beratur di hadapan pejabat sementara tentera Bangladesh untuk mendaftar sebagai pelarian selepas melepasi pintu sempadan di kem Kutupalong di Ukhiya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia