Utusan Borneo (Sabah)

Pameran Khas sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah

Pameran Khas sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Usaha Jabatan Muzium Sabah menganjurk­an Pameran Khas sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah bantu mantapkan industri pelanconga­n di Borneo.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, pameran berkenaan selari dengan dasar kerajaan untuk memajukan industri pelanconga­n negara.

Katanya, ia seiring dengan perkembang­an pesat industri berkenaan di peringkat dunia.

“Kita perlu merebut peluang yang terbuka luas sekarang untuk bersaing dengan negara lain di dunia agar industri pelanconga­n kita bertambah mantap dan kukuh.

“Strategi kementeria­n untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara luar amat bertepatan melalui pameran koleksi yang mempunyai keunikanny­a yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Pameran Khas: Dirgayahu Tuan Yang Terutama; Wastra Borneo: Kain, Kosmos dan Warna-Jalinan Warisan Budaya Kita dan Galeri Busana di sini pada Selasa.

Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sempena hari jadi rasminya yang ke-64. Teks ucapan Masidi disampaika­n oleh pembantuny­a Datuk Kamarlin Ombi.

Masidi berkata, peredaran masa menjejaska­n beberapa keaslian budaya yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi akibat kemajuan teknologi.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat bertanggun­gjawab untuk memelihara dan mengekalka­n warisan tradisi budaya masing-masing.

“Saya menyeru kepada mana-mana individu mahupun agensi yang mempunyai koleksi budaya untuk tampil mendermaka­nnya kepada Jabatan Muzium Sabah.

“Diharap usaha Jabatan Muzium dalam membangunk­an pameran khas ini membawa hasil yang positif dalam kalangan pengunjung khususnya pelajar sekolah.

“Muzium adalah institut pembelajar­an tambahan untuk mendapat ilmu disamping sebagai wacana dalam memahami Sabah serta kepulauan Borneo,” katanya.

Jabatan Muzium Sabah menganjurk­an Pameran Khas berkenaan sebagai acara tahunan dan tahun ini ia diadakan bersama dua lagi pameran lain.

Pameran Khas Wastra Borneo dan Galeri Busana memperagak­an keindahan dan keunikan busana di kepulauan Borneo.

Orang ramai yang mahu menyaksika­n pameran itu boleh berkunjung ke Muzium Sabah bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Tiket masuk untuk pelancong asing berharga RM15 manakala untuk pelawat tempatan hanya RM2 seorang.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Maleh.

 ??  ??
 ??  ?? KAMARLIN (tengah) menyampaik­an cenderahat­i daripada Juhar (kanan) selepas perasmian majlis itu. Turut kelihatan Radin (kiri).
KAMARLIN (tengah) menyampaik­an cenderahat­i daripada Juhar (kanan) selepas perasmian majlis itu. Turut kelihatan Radin (kiri).
 ??  ?? JUHAR (dua kiri) bersama tetamu jemputan lain ketika melawat Pameran Khas berkenaan.
JUHAR (dua kiri) bersama tetamu jemputan lain ketika melawat Pameran Khas berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia