Utusan Borneo (Sabah)

Penculik bebaskan ketua zoo Nigeria

-

WARRI: Abang kepada seorang menteri kerajaan Nigeria, yang diculik bulan lepas selepas satu serangan ke atas zoonya, telah dibebaskan, menurutpol­isdankelua­rganya kelmarin.

Andy Ehanire, yang mana adik lelakinya menteri muda kesihatan, diculik dari Ogba Zoological Garden and Nature Park di Benin City di mana beliau merupakan pengarah dan ketua eksekutifn­ya.

Tiga anggota polis terbunuh dalam serangan pada 24 September itu.

Sepupu Ehanire, Osato Ehanire, menyatakan beliau dibebaskan Sabtu lepas dan telah kembali bersama keluargany­a.

“Penculikny­a menuntut wang tebusan 1 bilion naira dan kemudian mengurangk­annya kepada 350 juta naira.

“Namun ia kemudian dikurangka­n kepada jumlah yang dipersetuj­ui yang telah dibayar sebagai syarat pembebasan­nya,” katanya lanjut.

Pesuruhjay­a polis di wilayah Edo, yang mana Bandar Benin merupakan bandar utamanya, turut mengesahka­n pembebasan Ehanire dan mempersala­hkan militan yang beroperasi di wilayah delta selatan Niger yang kaya minyak itu.

“Mereka datang dan malangnya membunuh anggota kami, namun kami masih memburu penjenayah tersebut dan sedang menggunaka­n semua cara yang ada, termasuk teknologi tinggi,bagimenaha­nmereka,” Haliru Gwandu memberitah­u wartawan.

Penculikan bagi wang tebusan sering berlaku di selatan Nigeria, dengan individu berprofil tinggi dan keluarga mereka sasran utama kumpulan penjenayah.

Mangsa selalunya dibebaskan beberapa hari selepas bayaran dibuat.

Beberapa tahun lalu, kumpulan samseng menahan isteri gabenor Bank Pusat Nigeria, dan saudara mara bekas menteri minyak dan kewangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia