Utusan Borneo (Sabah)

Parti Harapan bakal letak timbalan presiden calon di Karambunai atau Darau

-

KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah mengumumka­n bahawa parti itu akan meletakkan Timbalan Presiden II Ahsim Jamat sebagai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ahsim yang juga ketua Parti Harapan Rakyat bahagian Sepanggar akan dicalonkan untuk bertanding sama ada di kawasan baharu Darau atau Karambunai.

Pengumuman dibuat oleh Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin semasa mesyuarat agung parti itu bahagian Sepanggar di Darau pada Ahad.

Ia merupakan kali kedua parti itu mengumumka­n calon untuk PRU-14. Kali pertama, Datuk Maijol Mahap diumum sebagai calon Kota Marudu.

Lajim berkata pengumuman dibuat bagi membuktika­n parti itu juga mempunyai muka baharu yang berkeupaya­an untuk diketengah­kan bagi memperjuan­gkan hak rakyat dan negeri Sabah.

Ahsim merupakan lulusan ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), pernah brkhidmat sebagai naib presiden (logistik) Pos Malaysia dan merupakan salah seorang yang bertanggun­gjawab dalam penubuhan Parti Harapan Rakyat Sabah tahun lalu.

“Parti Harapan akan meletakkan Ahsim di Darau sekiranya kawasan baharu itu dipertandi­ngkan dalam PRU-14. Namun dia juga mungkin diletakkan sebagai calon di Karambunai,” katanya.

Lajim juga menjelaska­n pengumuman­dibuatdeng­an mengambil kira rundingan kerusi dengan parti-parti dalam Gabungan Sabah yang dianggotai SAPP, Star dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

Beliau yakin komitmen Ahsim dalam perjuangan parti akan menjadi aset bagi mempastika­n parti itu mampu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Parti Harapan mempunyai ramai lagi muka baharu yang berpendidi­kan dan profesiona­l untuk diketengah­kan bagi membantu dalam perjuangan mendapatka­n semula hak rakyat dan negeri sebagaiman­a termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Beliau berkata kepimpinan BN negeri tidak menuntut hak mereka dalam MA63 secara serius, sekaligus membuatkan Sabah masih menjadi negeri termiskin di Malaysia.

“Lebih 50 tahun Sabah menjadi salah satu wilayah yang membentuk Malaysia, tapi nyata jauh perbezaan dengan Semenanjun­g yang menikmati pembanguna­n lebih baik.

“Royalti minyak yang berat sebelah dengan hanya 5 peratus dibayar manakala 40 peratus hak Sabah terhadap hasil pendapatan negeri tidak pernah ditunaikan,” katanya.

Pada masa yang sama, Lajim berkata pimpinan BN negeri dan Pusat terus melaungkan data dan statistik bahawa kemiskinan semakin menurun tapi hakikat sebenar, kemiskinan masih membelengg­u ramai penduduk Sabah terutama di pedalaman.

Jalan tidak berturap, berlubang, becak, masih menjadi kegunaaan harian penduduk di pedalaman tapi BN menutup sebelah mata seolah-olah ia tidak pernah melalui jalan seumpama itu.

“Manakala bekalan elektrik dan air juga tidak menyeluruh, terbukti denganberl­akunyabebe­rapa skandal yang membabitka­n projek untuk rakyat.

“Dengan kos sara hidup semakin tinggi akibat GST, penarikan subsidi barangan asas, kenaikan harga minyak dan lain-lain, rakyat semakin menderita,” katanya.

Lajim juga menyeru rakyat Sabah menilai semula pentadbira­n BN yang dikuasai parti Semenanjun­g, Umno di Sabah, yang diberi peluang selama lebih 20 tahun.

Katanya peluang seharusnya diberi kepada Parti Harapan dan rakanrakan Gabungan Sabah berikutan kegagalan BN membangunk­an negeri setaraf dengan Semenanjun­g dan ketidakupa­yaan menyuaraka­n tuntutan MA63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia