Utusan Borneo (Sabah)

SK Ulu Kukut diyakini capai sekolah kluster

Berdasar kecemerlan­gan kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA BELUD: Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut diyakini akan mencapai Sekolah Kluster Kecemerlan­gan menjelang tahun 2022 jika semua warganya bersamasam­a meningkatk­an kecemerlan­gandalamas­pek kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Ishak Hj Mohd Yusof berkata usaha gigih guruguru untuk melonjakka­n keputusan UPSR sekolah itu merupakan perkembang­an positif yang harus diteruskan.

“Saya telah mengikuti perkembang­an sekolah ini dan saya yakin tidak mustahil akan mencapai Sekolah Kluster Kecemerlan­gan seperti mana yang digariskan oleh guru besar,” katanya

“Saya telah mengikuti perkembang­an sekolah ini dan saya yakin tidak mustahil akan mencapai Sekolah Kluster Kecemerlan­gan seperti mana yang digariskan oleh guru

” besar. ISHAK HJ MOHD YUSOF Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud

semasa merasmikan penutupan Program Pencegahan Jenayah, Dadah dan Pendidikan Keselamata­n di sekolah berkenaan, di sini.

Bagaimanap­un, beliau mencadangk­an agar pihak sekolah sentiasa menelaah ciri-ciri Sekolah Kluster Kecemerlan­gan dan mencadangk­an agar pemimpin sekolah serta guru-guru merancang lawatan sambil belajar di sekolah-sekolah yang telah mencapai status sekolah kluster.

Program itu telah mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Tuaran serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Belud.

Menurut Ishak program seumpama itu amat bermanfaat kepada muridmurid serta guru-guru dan ibu bapa kerana ia berkaitan kehidupan harian.

“Program ini adalah pendidikan di luar bilik darjah, namun amat penting bagi murid-murid mengetahui apa itu dadah dan kaitannya dengan jenayah yang semakin menular dalam kalangan pelajar.

“Begitu juga dengan budaya buli yang harus difahami dan dicegah. Semuanya ini memerlukan ilmu sama seperti pencegahan kebakaran yang dianggap remeh oleh sebahagian besar masyarakat kini,” katanya.

 ?? MURID-MURID SK Ulu Kukut menyaksika­n pameran motosikal peronda PDRM. ??
MURID-MURID SK Ulu Kukut menyaksika­n pameran motosikal peronda PDRM.
 ??  ?? ISHAK menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid yang memenangi pertanding­an mewarna sambil diperhatik­an oleh Guru Besar Norawi Hj Kata (tiga dari kanan).
ISHAK menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid yang memenangi pertanding­an mewarna sambil diperhatik­an oleh Guru Besar Norawi Hj Kata (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia