Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Watikah Pelantikan JAKMAS baharu UMS

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah mengadakan Majlis Penyampian Sijil Watikah Pelantikan Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Sesi 2017/2018 dan Majlis Penghargaa­n Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Sesi 2016/2017 bertempat di Anjung Siswa, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah.

Majlis ini diadakan bagi menyampaik­an sijil watikah pelantikan kepada barisan JAKMAS Kolej-Kolej Kediaman yang baharu untuk sesi 2017/2018 dan sekaligus meraihkan penghargaa­n di atas jasa bakti barisan mantan JAKMAS kolej-kolej kediaman sesi 2016/2017.

Pelantikan JAKMAS yang baharu ini melibatkan sejumlah 92 orang iaitu terdiri daripada tujuh JAKMAS di Kampus Kota Kinabalu iaitu Kolej Kediaman Tun Mustafa, Kolej Kediaman Tun Fuad, Kolej Kediaman Excellent, Kolej Kediaman Usia, 1Borneo, Kolej Kediaman Sri Angkasa, Kolej Kediaman Kingfisher dan Kolej Kediaman Non Resident (NR), satu JAKMAS Kampus Sandakan iaitu Kolej Kediaman Lestari dan dua JAKMAS daripada Kampus Antarabang­sa Labuan iaitu Kolej Kediaman Beta dan Kolej Kediaman Alpha Mutiara.

Menurut Prof. Datuk Dr. D. Kamaruddin D. Mudin, Naib Canselor UMS, Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman ini adalah satu entiti yang sangat penting dalam Universiti Malaysia Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum bahawa jawatankua­sa ini bukan sahaja berfungsi menjaga kebajikan pelajar di kolej-kolej kediaman, Namun ia juga meliputi banyak aspek dalam bersama-sama meningkatk­an pembanguna­n sahsiah dan kemahiran pelajar yang boleh dilihat dalam pelbagai sudut,” katanya.

Manakala menurut Prof. Dr. Ismail Ali, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), dalam ucapannya berkata mahasiswa hari ini adalah bakal memimpin dan menerajui negara pada masa hadapan. Baik atau buruk corak pemerintah­an dan pembanguna­n negara di masa akan datang adalah bergantung kepada kualiti mahasiswa pada hari ini.

Majlis penyampaia­n watikah pelantikan ini disempurna­kan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, Ahmadi Nurdin mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

Beliau juga turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Yang Dipertua dan wakil mantan JAKMAS kolej kediaman sesi 2016/2018 yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis ini dihadiri oleh Pengetua-Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua dan Felo-Felo Kolej Kediaman UMS, serta pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS. Majlis pada malam itu juga diserikan dengan tayangan montaj daripada mantan Jakmas kolej kediaman sesi 2016/2018 yang lalu.

Tayangan montaj itu memaparkan aktiviti-aktiviti dan program kemahasisw­aan yang dilaksanak­an oleh JAKMAS kolej kediaman sepanjang sesi 2016/2017 yang lalu.

 ??  ?? AHMADI menyampaik­an watikah kepada salah seorang penerima.
AHMADI menyampaik­an watikah kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia