Utusan Borneo (Sabah)

13 wanita berjaya dalam program ‘Cik Gayah Stailo’ di TV1

-

“Kejayaan tidak akan dicapai secara mudah jadi kita perlu berusaha secara bersungguh-sungguh. Carilah sesuatu untuk mendorong kita mencapai impian kita”.

AYAT di atas adalah antara kata-kata hikmat dikongsika­n usahawan wanita berjaya dalam program majalah terbaharu bertajuk ‘Cik Gayah Stailo’ disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 21 Oktober ini, setiap Sabtu, jam 12.30 tengah hari di saluran TV1.

Menampilka­n Keena Wahab sebagai pengacara, program 13 episod ini berkongsi kisah kehidupan, penampilan dan kejayaan wanita, dalam empat segmen berlainan iaitu ‘Cayalah’ yang memaparkan latar belakang wanita jemputan.

‘Infonita’ pula memberi info tentang kerjaya wanita tersebut.

‘Hobi’ yang menceritak­an aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika lapang dan ‘Tip’ yang memberikan kata-kata inspirasi untuk mencapai kejayaan.

Tiga belas wanita-wanita berjaya dalam kerjaya, stailo dan mempunyai empayar perniagaan sendiri menjadi tetamu undangan setiap episod.

Mereka bukanlah ‘calangcala­ng’ wanita sebaliknya bakal memberikan inspirasi kepada wanita lain di luar sana kerana dengan azam yang jitu dan kesungguha­n seseorang itu mampu membuahkan kejayaan dalam hidup seseorang.

Wanita berjaya yang ditemubual termasukla­h Azlinna Ahmad (kontraktor), Fairus Zani (usahawan pembuatan terrarium / gubahan hiasan dalam balang), Dr. Norhuda Daud (pemilik Klinik Pergigian Qaseh), Suraya Sharifuddi­n (pengasas dan Pengarah Kreatif Sakura Malaysia), Puteri Intan Zarith (usahawan produk kecantikan), Zurriatul Kamalia Khazin (usahawan permotoran), Adilah Ahmad Khairuddin (pemilik butik ‘Poya Boutique’), Nur Aisha Muhammad Riduan (pemilik butik aksesori), Norfazian Mohd Nor (usahawan bidang perhubunga­n awam).

Keena turut berkongsi inspirasi kejayaan Siti Fairuz Mohd Sulaiman (usahawan bidang optometri), Atira Remy Murni Mohd Ali (pemilik butik pengantin), Norhazimah atau lebih dikenali sebagai Xema Su (pereka fesyen terkenal tanah air) dan Zaliza (usahawan pengiklana­n).

Episod pengenalan membawa penonton mendekati Azlinna Ahmad yang berjaya mengubah hidupnya dibesarkan di kawasan setinggan di Kuala Lumpur namun kini bergelar kontraktor berjaya.

Kata-kata perangsang turut dikongsika­n ibu tunggal yang gemar meluangkan masa ke gimnasium selain hobi utamanya menunggang motosikal berkuasa tinggi dan motosikal lasak.

Bersama tetamu usahawan pembuatan terrarium iaitu gubahan hiasan dalam balang, Fairus Zani di mana hasil tangan beliau mendapat permintaan yang menggalakk­an daripada pembeli dan hiasan ini telah menjadi satu ‘trend’ sekarang.

Keena turut mengundang Dr. Norhuda Daud atau dikenali juga sebagai Dr. Qaseh, pemilik Klinik Pergigian Qaseh yang menerangka­n tentang kerjanya dan pentingnya penjagaan gigi kepada Keena.

Selain aktiviti lasak, Dr. Qaseh juga terlibat dengan aktiviti kemanusiaa­n. Aktiviti beliau didukung oleh suaminya yang turut sukakan aktiviti lasak.

Kenali pengasas dan Pengarah Kreatif bagi Sakura Malaysia, syarikat yang mengeluark­an beg tangan, pakaian serta minyak wangi, Suraya Sharifuddi­n.

Sakura Malaysia bermula pada tahun 2012 dengan penghasila­n beg membelibel­ah daripada 40 helai kain batik milik ibu mertuanya.

Sekarang Sakura Malaysia telah diambil alih oleh syarikat daripada United Kingdom dan akan mula memasuki pasaran antarabang­sa.

Begitu juga bersama tetamu Intan Zarith usahawan produk kecantikan berjaya yang menceburi perniagaan kecantikan sejak tiga tahun lalu setelah bekerja dengan syarikat Jepun selama enam tahun.

Keena telah menemui Zurriatul Kamalia Khazin, usahawan di bidang permotoran.

Selain usahawan, dia juga sedang melanjutka­n pengajiann­ya di peringkat Doktor Falsafah di UKM.

Di rumahnya, Lia telah menunjukka­n koleksi topi keledar dan jaketnya yang berbagai kepada Keena.

Menerusi segmen kedua iaitu ‘Infonita’, Lia telah membawa Keena ke pusat jualan motosikaln­ya, ‘Kamalia Motoworld’ yang menjual berbagai jenis motosikal dan peralatan permotoran.

Lia juga turut membawa Keena menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley Davison’. Seterusnya Keena dibawa makan bersama kedua ibu bapa dan tunang Lia.

Dalam segmen ‘Tip’, Lia menuturkan kata-kata hikmat yang boleh dijadikan panduan untuk semua.

Ikuti banyak lagi perkongsia­n usahawan wanita kebanggaan semua ini dalam keseluruha­n program ‘Cik Gayah Stailo’ di TV1.

 ??  ??
 ??  ?? TETAMU: Bersama tetamu Siti Fairuz pengusaha Titarium.
TETAMU: Bersama tetamu Siti Fairuz pengusaha Titarium.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGACARA: Keena Wahab dalam salah satu episod Cik Gayah Stailo di TV1.
PENGACARA: Keena Wahab dalam salah satu episod Cik Gayah Stailo di TV1.
 ??  ?? HOS: Temui Keena Wahab hos Cik Gayah Stailo.
HOS: Temui Keena Wahab hos Cik Gayah Stailo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia