Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki, wanita didakwa edar 154.36 gram dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita dan lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arhad menetapkan pada 7 November untuk pengurusan kes terhadap Hasnawati Ajuk, 32, dan Melven Sabtal, 23, yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan dua yang masihbebas­mengedarda­dah jenis Methamphet­amine seberat 154.36 gram.

Kesalahan dilakukan pada 9 September tahun lalu jam 2.30 petang, di sebuah restoran makanan segera KFC, pusat membeli-belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini.

Mahkamah juga akan melantik peguam untuk mewakili kedua-dua tertuduh.

Sementara itu, mahkamah sekali lagi menetapkan pada 8 November untuk pengurusan kes terhadap seorang lelaki warga asing yang didakwa atas pertuduhan sama.

Keputusan berkenaan dilakukan terhadap Nurddin Sahibhddin, 44, yang diwakili peguam Cedric Choo selepas mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah seberat 55.85 gram pada 2 Disember tahun lalu di parkir Sempelang, Sinsuran, di sini.

Untuk dua kes berkenaan, Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun memohon diberikan tempoh tiga mingguuntu­kmenyerahk­an dokumen kepada pihak pembelaan.

Sekiranya disabitkan bersalah atas pertuduhan berkenaan boleh dijatuhkan hukuman gantung mandatori.

Kini Hasnawati, Melven dan Nurddin kini direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia