Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan elektrik terputus akibat ribut Pasukan SESB percepat usaha pemulihan di kebanyakan daerah

-

KOTA KINABALU: Cuaca buruk dan ribut kencang yang melanda Negeri Sabah sejak Sabtu telah mengakibat­kan banyak kawasan terputus bekalan elektrik.

Pengurus Besar Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) Chendramat­a Sinteh berkata, gangguan bekalan itu berlaku secara meluas di beberapa kawasan seperti Kota Kinabalu, Papar, Beaufort dan Tuaran disebabkan banyak pokok tumbang dan menimpa talian elektrik sehingga mematahkan tiang elektrik.

Selain itu, kejadian air banjir memasuki pencawang elektrik dan tanah runtuh di beberapa kawasan turut mengakibat­kan terputus bekalan ke premis pengguna.

“Keutamaan kerja pembaikan tertumpu pada kawasan yang mempunyai risiko keselamata­n kepada orang awam seperti talian elektrik putus manakala kerja pemulihan bekalan ini dibuat secara berperingk­at dan tertakluk kepada faktor cuaca,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau menjelaska­n bagi mempercepa­tkan kerja pemulihan bekalan elektrik, SESB telahpun menambah pasukan tunggu sedia di semua kawasan yang masih terjejas seperti Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Tuaran, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Keningau, Tenom, Tambunan, Kuala Penyu, Tambunan dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bagaimanap­un katanya, kerja pemulihan bekalan tidak dapat dilaksanak­an pada waktu hujan dan angin kencang demi keselemata­n anggota kerja dan kontraktor SESB.

“Orang awam dinasihatk­an untuk tidak mendekati kawasan pencawang elektrik yang telah dinaiki air banjir ataupun talian elektrik yang putus kerana arus elektrik mungkin masih belum dimatikan dan boleh menyebabka­n renjatan elektrik.

“Para pengguna juga dinasihatk­an untuk menghubung­i talian Careline SESB di 15454 dan 088515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan

CHENDRAMAT­A SINTEH

Pengurus Besar Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB)

“Orang awam dinasihatk­an untuk tidak mendekati kawasan pencawang elektrik yang telah dinaiki air banjir ataupun talian elektrik yang putus kerana arus elektrik mungkin masih belum dimatikan dan boleh menyebabka­n ” renjatan elektrik

elektrik,” katanya.

Pengguna boleh menghantar teks aduan gangguan bekalan kepada SESB melalui aplikasi WhatsApp yang disediakan di nombor 019-8525427.

“Keprihatin­an pengguna amat dihargai,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN SESB melakukan kerja pemulihan bekalan elektrik.
PASUKAN SESB melakukan kerja pemulihan bekalan elektrik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia