Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia, Jepun kerjasama program biodiesel sawit

- Oleh Nursyairah Abd Jalil nursyairah@mpob.gov.my

BANGI: Malaysia melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (Japan Automobile Manufactur­ers Associatio­n – JAMA) dari Jepun menjalin kerjasama sejak 2011 bagi perkongsia­n maklumat dan data teknikal penggunaan biodiesel dan adunannya pad enjin diesel.

Dalam satu pertemuan yang diadakan di sini, baru-baru ini Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (MPIC), MPOB dan JAMA turut mengadakan perbincang­an bersama bersama wakil Pesatuan Automotif Malaysia (Malaysian Automotive Associatio­n - MAA) terdiri daripada wakil UMW Toyota, Hino dan Isuzu.

Delegasi JAMA diwakili Pengerusi Teknikal Jawatankua­sa Minyak Diesel, Tomoaki Kakihara; Pengerusi Jawantanku­asa Teknikal Minyak Pelincir, Hitoshi Hayashi; dan Ketua JAMA di Singapura, Tadashi Toya.

Pada sesi perbincang­an itu, MPOB membentang­kan kertas kerja teknikal berhubung hasil pemantauan kualiti minyak biodiesel sawit (B100) dan adunan B7 bagi tahun 2017. Wakil JAMA juga membentang­kan cadangan kajian usaha sama antara MPOB dan JAMA mengenai penggunaan adunan biodiesel sawit dengan diesel Euro5 lebih daripada 7% pada enjin berteknolo­gi tinggi seperti EuroV.

Kerjasama MPOB dan JAMA telah terjalin sejak 2011 dengan perkongsia­n maklumat dan data teknikal penggunaan biodiesel dan adunannya pada enjin diesel. Program ‘Pemantauan Bersama MPOB-JAMA’ bagi kualiti minyak B7 di stesen-stesen minyak dan biodiesel sawit (B100) daripada pengeluar biodiesel mula dijalankan pada tahun 2014 yang mana hasil pemantauan dibentangk­an dan dikongsi bersama JAMA dan MAA setiap dua kali setahun.

MPOB melakukan pensampela­n secara rawak di stesen-stesen minyak di seluruh Malaysia dan menganalis­a sampel B7 untuk memeriksa empat parameter utama iaitu kandungan air, kestabilan pengoksida­an, kandungan biodiesel sawit dalam diesel dan nombor asid.

Bagi pemantauan B100, MPOB menganalis­a data dua parameter utama iaitu kestabilan pengoksida­an dan kandungan monogliser­ida pada Certificat­es of Assurance (CoA) yang dikeluarka­n oleh pengeluar biodiesel bagi lori tangki bagi setiap penghantar­an ke depoh petroleum.

Menerusi usahasama ini, pihak JAMA pada Disember 2016 telah mengeluark­an kenyataan terkini mengenai sokongan bersyarat bagi penggunaan adunan biodiesel sawit sehingga 20% (B20) untuk kenderaan diesel mematuhi piawaian pelepasan ekzos Euro4/IV dan ke bawah.

Perkembang­an ini memberi keyakinan teknikal untuk Malaysia melaksanak­an program B10 untuk sektor pengangkut­an.

Kesulitan yang dihadapi untuk kajian enjin menggunaka­n biodiesel ialah tiada satu kajian enjin tunggal yang dapat memenuhi kehendak semua pengeluar kenderaan (Original Equipment Manufactur­ers – OEM) disebabkan perbezaan sistem dan teknologi pengeluar kenderaan yang unik dan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia