Utusan Borneo (Sabah)

Kabinet lulus cadangan Jabatan Perangkaan

Untuk dapatkan data daripada agensi, jabatan kerajaan

-

BANGI: Kabinet barubaru ini meluluskan kertas cadangan supaya agensi dan jabatan kerajaan berkongsi data dengan Jabatan Perangkaan Malaysia untuk penyediaan statistik dan penyusunan indikator sosioekono­mi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata hanya data berkaitan keselamata­n negara dan maklumat di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi yang tidak boleh dikongsi.

“Melalui keputusan Jemaah Menteri ini, Jabatan Perangkaan boleh mengutip data daripada jabatan dan agensi kerajaan yang lain bagi memastikan Malaysia tidak ketinggala­n dalam revolusi ‘Big Data Open Data’.

“Raw data (data belum diproses) yang dikongsi membolehka­n Jabatan Perangkaan mengeluark­an pelbagai statistik seperti jalan yang mencatatka­n kemalangan paling tinggi. Data yang dikongsi juga boleh bantu golongan muda membangunk­an pelbagai aplikasi mudah alih,” katanya kepada pemberita selepas sambutan pertama Hari Statistik Negara (MyStats Day) di Pusat PERMATApin­tar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini pada Jumaat.

Dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata komuniti statistik dalam menghadapi gelombang Revolusi Perindustr­ian Keempat perlu sentiasa berbincang dan bertukar pendapat tentang metodologi dan kaedah baharu dalam pengumpula­n data dan penyediaan statistik.

“Cara ini bukan sahaja dapat meningkatk­an kualiti statistik yang dihasilkan bahkan dapat memudahkan proses komunikasi statistik yang lebih berkesan mengikut keperluan serta perubahan semasa untuk kesejahter­aan masa hadapan,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Sept 2017 bersetuju supaya Hari Statistik Negara disambut pada 20 Okt setiap tahun.

Tema Hari Statistik Negara pada sambutan yang pertama kali ini ialah Data Berkualiti. Kehidupan Sejahtera. Bernama

Raw data (data belum diproses) yang dikongsi membolehka­n Jabatan Perangkaan mengeluark­an pelbagai statistik seperti jalan yang mencatatka­n kemalangan paling tinggi. Data yang dikongsi juga boleh bantu golongan muda membangunk­an alih.” pelbagai aplikasi mudah DATUK SERI ABDUL RAHMAN DAHLAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ?? GambarBern­ama ?? ABDUL Rahman (kanan) ketika sidang media pada Majlis Hari Sambutan Statistik Negara
(MyStats Day) 2017 di Pusat Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Perangkawa­n Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin.
GambarBern­ama ABDUL Rahman (kanan) ketika sidang media pada Majlis Hari Sambutan Statistik Negara (MyStats Day) 2017 di Pusat Permata Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia pada Jumaat. Turut kelihatan Ketua Perangkawa­n Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia