Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Ku Jaafar satu penghormat­an: Ahmad Zahid

-

ISTANBUL: Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang baharu bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi itu tetapi juga bukti penghormat­an dan pengiktira­fan negara anggota terhadap sumbangan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan bekas duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar itu menyaksika­n buat pertama kali D-8 memilih seorang ahli diplomat yang berpengala­man luas sebagai setiausaha agungnya.

“(Melalui pelantikan ini) Tentunya mereka mempunyai unjuran yang amat tinggi terhadap Ku Jaafar, bukan hanya atas pengalaman beliau tetapi (terhadap) Malaysia juga diletakkan harapan untuk bersama-sama negara anggota D-8 lain memacu enam bidang utama yang menjadi fokus pertubuhan selama ini,” katanya kepada kumpulan media Malaysia sejurus tiba di sini pada Khamis.

Ahmad Zahid berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 bermula Jumaat yang bakal menyaksika­n beliau menyampaik­an kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.

Ku Jaafar yang akan memulakan tugasnya pada 1 Jan 2018 bagi tempoh empat tahun, bakal menggantik­an Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 sejak 2014.

Menyentuh mengenai sidang kemuncak D-8 itu, Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata beliau akan menggunaka­n peluang tersebut untuk bertukar pandangan dan meningkatk­an hubungan kerjasama ekonomi sedia ada serta meneroka peluang kerjasama baharu.

Katanya enam bidang utama yang telah dikenal pasti dan untuk ditingkatk­an kerjasama dalam kalangan negara anggota ialah industri serta perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamata­n makanan; pengangkut­an; tenaga; mineral dan pelanconga­n.

“Ketika Sidang kemuncak ini, negara-negara D-8 dijangka menghasilk­an dua dokumen iaitu Deklarasi Istanbul yang mencermink­an komitmen pemimpin daripada semua negara anggota terhadap setiap agenda dan usaha sama di bawah rangka kerja D-8 serta Pelan Tindakan D-8 Pasca 2017,” katanya., Bertemakan ‘Mengembang­kan Peluang Menerusi Kerjasama’, sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke20 perkumpula­n itu yang ditubuhkan pada 1997. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid (tengah) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis disambut para delegasi dari Malaysia sejurus tiba di hotel penginapan bagi mengetuai delegasi negara pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) pada...
GambarBern­ama AHMAD Zahid (tengah) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis disambut para delegasi dari Malaysia sejurus tiba di hotel penginapan bagi mengetuai delegasi negara pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D-8) pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia